Saturday, January 15, 2011

bahagia begini

alkisah laskar imunisasi berperang melawan virus yang menular dalam tubuh. menggelatar sel-sel di segenap tubuh ini. kedinginan ini membuat aku semakin lesu. hilang keterujaan untuk berpeluh. tiada rasa yang seronok. gembira juga kian menyorok.

di kala dingin bikin aku kian tumpas, ada kehangatan yang melibas. suara kasih dari mama, belai manja dari teman dan perhatian dari semua. cukup bikin aku lebih semangat, untuk kekal sihat. tiada ku mau kalian terhimpit dek kerana aku yang sakit.

untaian kata ringkas dari encik kanda, cukup untuk aku hilangkan bisa. walau aku sedikit terluka, sakit ini jadi pembuka mata. hubungan kita masih punya makna. salah aku kerna salah meneka, juga kurang mengerti sifat biasa.

terima kasih kerana kembali. aku bahagia begini. 

No comments:

Post a Comment