Thursday, May 26, 2011

soalnya hati

"hati, mengapa kau menangis? bukankah selama ini kau yang bertahan? janji sering saja kau abaikan, walau di utara rasa tertanya, selatan menekan, timur kabur, barat tersekat, semuanya kelam kabut hingga kalut serabut. di sana kau yang gah bertahan. tercarik sedikit kau sembuhkan, sedang sakit masih terasa, kau terluka lagi. mengapa begitu kuat kau bertahan walau telah sesak pernafasan? tiadakah kau kepenatan?"


"bagaimana harus  kepenatan? Rasa ini terlalu indah untuk abaikan. mencetus gagah lantas kebah. semakin terluka, semakin imun hingga sudah tiada perasan luka sudah menimbun. hingga menangis hari ini kerna terpaksa biar lepas bebas yang didamba kerna tak mau terus terluka. keliru mencari solusi atas hubungan yang tiada ambisi, lalu bersama bertalik tali lalu terputus sebelum perhentian. sesat mencari jalan, sendiri dalam kegelapan penyelesaian. siapa kata memaksa itu tidak perit? sungguh menghimpit sakit seolah daging dicarik-carik, sedikit-sedikit. kerna itu tiada mampu lagi tertahankan, berderai air mata, menitis-nitis. selama ini tersembunyi tangis di balik senyum. satu persatu dirembeskan biar tiada kelihatan. saat ini tiada mampu lagi tertahankan."

hati, jangan kau menangis. sudah cukup kau kesakitan. mungkin ini waktu kau lepaskan mimpimu yang samar, rasa yang diberi cuma musim yang pasti berubah. biar tewas dilepas bebas. walau tidak kau ketemu solusi, kau tak akan hilang seri. masih saja kau indah pekerti, masih ada hati yang ingin memiliki. tiada sempurna bentuk hati jika sering kau terluka. bayu juga mengerti akan derita yang kau rasa. tak perlu kau bicara, senandungkan saja pada malam, seluruh alam menangis mengenangkan. purnama berganti fasa, suria bertemu gerhana, masih saja kau mengalah. kata kau, dia penawar. adakah logika dia racun dia penawar? kau biarkan rasa  terbendung dan terlindung lewat hamparan halimunan. pecahkan empangan perasaan, banjirkan hati dengan kasih sayang, biar terubat kemarau rindu selama ini. cukup sudah kasih sayang kau persiakan dengan  arjuna yang tidak pernah mengerti. beri saja pada dirimu sendiri. saat sinar kejora sirna. cahaya purnama samar, suria tersipu di balik awan, jadilah yang menawan, tanpa perlu kau pedulikan perasaan.

It's OVER!!!

yeah!! it's OVER!!! it's the end of this semester, the last paper, Tawakkal pada Allah saja lepas ni and i akan enjoy my holiday. hohoho. maybe paper so, so.. harap2 pass la..

juz want to share this to anyone out there
IF AND ONLY IF YOU NOTICE THIS, I JUST WANT TO SAY I'M GONNA MISS YOU

sungguh hari ini hati menangis. kerna mungkin kali ini yang terakhir. sudah tiada daya lagi lanjutkan hikayat ini ke trimester. cukup 2 semester yang sudah buat imun segenap rasa. bagaimana jika hari terakhir semester ini, peluang terakhir untuk kita? what if this is the real goodbye?

mungkin sudah waktunya ada yang berubah. memadamkan rasa, menjelaskan impi yang selama ini samar. entah apa dimau. pasti satu hari bakal dirindu saat kita sama berjaga hingga malam sudah sepertiga. lantas semua yang kita kongsi makin bikin selesa. tanpa sedar hubungan ini semakin ada makna. lantas bergetar tembok yang dibina akibat kecewa semalam. terbuka lagi hati untuk menerima, tapi mengapa tiada terfikir untuk selamanya?

mungkin harus beri ruang juga waktu untuk sendiri. mungkin bisa saja dikatakan dia tiada apa-apa dalam hidup ini, tapi terasa sunyi sendiri tiada peneman pendamping kala suka. entah mengapa setelah banyak waktu yang tertinggal, kita terasa janggal.

maaf kali ini harus tekad, sudah waktu untuk lupuskan, walau berat untuk lepaskan. berkali mencuba tiada terlawankan. tetap saja menjadi yang mengalah dengan rasa. kali ini hati biar imun, harus lawan walaupun kesakitan. berkali yang terucap tiada terkecap.terpaksa dilanggar janji. kali ini harus ada bukti. hati, biar kau mati

PASTI BAKAL RINDU 

Saturday, May 21, 2011

after 21 days...

huh.. hai again kekanda blog yg juwita rindui... telah lama x ketemu.. hehe... terlalu jemu dengan kisah yang tiada pengakhiran sampai aku sudah tiada daya lagi untuk luahkan. hoho...

mungkin entri ini sudah terlalu lambat, maka kusimpan memori ulangtahun ke 20 ku. tiada yang luar biasa. sama sahaja seperti biasa. cuma aku lebih muhasabah diri. menitis-nitis air mata mengenang sudah banyak dosa yg aku lakukan jika dikira umurku.dan sambutan kali ini sangat membuat aku rasa aku disayangi.

mengenang akan rasa sayang, sedang berkcamuk sang hati. mungkin telah hilang lagi separuh bentuk hati bernama cinta. melayang2 tidak tahu ke mana arah tuju. sungguh, rasa ini membunuhku. masih mencari-cari jawapan. siapa harus dipuja.

setelah purnama bertukar fasa, tiada aku perasankan, tiba-tiba kembali kisah lama. dia yang pernah menjadi sebahagian dari hati ini. terlalu indah perasaan bila bergetar alun suaranya di gegendang telinga. terlalu lama aku kehilangan rasa disayangi seperti itu, sehingga terlupa rasa bahagia, lantas diingatkan kembali dengan 1 panggilan dari dia.

16 mei tarikh keramat dia kembali. entah di mana silap kami. entah apa yg memisahkan. tiada salah dalam hubungan ini. namun entah kenapa x mahu kembali. namun semakin hari semakin aku merindu.

lalu dikhabarkan tentang hubungan sahabat yang akhirnya menjadi. bersatu hati mereka saling melengkapi. lantas aku disergah cemburu. bertuah mereka kerana akhirnya bersatu. semoga berkekalan hendaknya. sedang aku masih tertunggu-tunggu, termangu-mangu.  entah iya entah tidak.

bila waktu untuk kita? rasa ini telah imun dengan sakit yang diberi. sampai segalanya sudah kebal dengan serangan yang datang. sampai bila harus begini lagi?

Sunday, May 1, 2011

Mei tiba ^^,

Hey Mr. Blog! sudah lama x ketemu. biar juwita bersenandung kali ini.saat ini telah gelincir matahari, bebayang semakin panjang, telah lepas Asar. lokasi? juwita berada di dalam ruang persegi dia atas kerusi. ruang kecil ini selalu jadi tempat juwita menyendiri. memandangkan hari ini hari cuti, di mana lagi juwita kalau bukan di rumah, dalam bilik sendiri.

Hajat hati pada mulanya x mau balik rumah. biar rasa teruja bila cuti sem nanti. ada lg 3 minggu untuk dinanti. tapi bunda sudah meminta, gagahkan saja kaki melangkah. sanggup hujan diredah bunda, berkereta ke kampus juwita, pasti bunda rindu anak daranya. hehehe...

bicara tentang cuti. sebelum cuti, pasti ada exam kan? nampaknya juwita masih terkapai-kapai. belum bersedia untuk berperang di medan fikir. minda belum bercahaya, geliga belum digilap. sering saja juwita lari fokus. leka sungguh. hahaha

mei tiba hari ini, dengan hiasan sirus dinihari, dan kumulonimbus kala petang. juwita sabar menanti hari keenam bulan ini, juwita melewati fasa peralihan. usia meningkat lagi. banyak yang harus ditinggalkan. usia duapuluh. fikiran harus lebih matang. tanggungjawab juga semakin berat. kadang terfikir untuk tidak membesar. hiihi..

mei tiba. bermakna tiba bulan ke-12. nampaknya harus ucap selamat tinggal. kadang-kadang kita perlu putus asa untuk sesuatu yang lebih baik. juwita memang keras hati, tapi harus belajar untuk dilembutkan.. perlahan-lahanlah kau penat wahai hati. juwita haru berhenti melayan rasa.

juwita harus lebih gembira lebih ceria. biar apa badai menempa. biar gelombang semakin bergelora, teruskan saja. semua itu proses belajar dan pematangan. terus tabah dab jadi hebat juwita. biar tiada siapa di sekelilingmu, Allah ada. selalu ada. tetap akan bantu.