Saturday, January 8, 2011

Arjuna

jika ini bagi kamu sudah tiada erti, mengapa harus aku yang berlari-lari mengejar mimpi yang tak pasti? soldadu egoku berundur demi membuka ruang untukmu. seolah si dungu yang mencari kaki si sawa. yang pastinya x wujud di dunia nyata. apa guna kaki ini terus mencium tanah dan meninggalkan jejak? andai kau terbang tinggi meroket ke langit? apa mungkin mampu tergapaikan? yang aku ada cuma jejak2 kesakitan yang aku cipta sendiri. dungu sungguh dungu.

mungkin aku yang melebihi takat keterujaan. menganggap apa yang kau beri itu istimewa. tapi adakah itu suatu kesalahan? mengapa tidak pernah kau perjelaskan? kau biar aku termangu menunggu kau pimpin tangan ini. bawa aku ke jalan yang harus aku tempuh. sedangkan kini kau lepas tangan itu, dan biar aku sendiri di perantaraan kesakitan. kemudian bayang yang selama ini aku ekori, lesap dalam gelap. terpaksa saja aku mengumpul setiap semangat yang ada untuk berundur. sakit rasanya.

terkadang aku terfikir, apa perlu saja aku biar kau yang merasa. biar kau rindu aku yang sentiasa menjadi bayangmu, biar kau rasa kehilangan separuh bentuk hatimu. biar kau rasa sepi dalam keramaian,dan sedih dalam keriangan. biar kau sedar yang kau perlu aku?  namun, semua itu tida kesampaian, ku biar terangankan. kerna ku tak mau kau kesakitan, biar aku saja yang merasakan yang namanya penderitaan. kerna ini namanya pengajaran. dan kau sering kumanjakan.

sungguh aku seolah si dungu. entah di mana harus ku tuju. walau buruj di langit malam sudah setuju memberi jawapan untuk segala yang buat kepala ku menggerutu, tapi tiada solusi yang aku mahu. memang aku mahu pergi, tapi masih saja aku mahu kau di sini. namun hati ini telah terkhianati oleh dirimu yang x pernah mahu mengerti akan keadaan yang x mampu aku kemudi. mungkin akulah nakhoda yang bertugas di armada, namun apakah gelora lautan aku yang cipta? mengapa sukar untuk kau fahami?

aku bukan wonder woman yang punya magis. kau juga bukan arjuna dewata yang punya kuasa. kita tidak punya apa-apa. kerna itu aku terima kau apa adanya. aku yakin kita sempurna bila berdua. tapi sampai bila harus aku mengalah?

No comments:

Post a Comment