Monday, February 28, 2011

kenapa ia datang?

Kembali rasa rindu, buat mentari hati. setelah kian lama pergi, kenapa kembali?bikin celaru hati mau memlilih.

namun sering saja melawan rasa, entah apa yang perlu diyakini. entah mau ke mana, entah di mana. Gantung saja tanpa tali. lalu mencari yang pasti di sebalik bentuk hati.telah sempurna bila hati hati ini menyatu, x perlu ditunggu bulatnya hati kerna x mungkin bisa kerna bukan bentuk yang lumrah.

beri rasa ini selamanya, jangan musim yang melanda. biar kekal sebagai pendamping penyejuk jiwa.

Sunday, February 13, 2011

ringkas

suka dalam duka, cuma mau dunia mengerti bahawa kami telah menerima realiti. namun kami semakin terasa kehilangan.

Friday, February 11, 2011

Belasungkawa

Ia sunyi. Sepi bersulam sendu. Yang bergenang dibiar jatuh berlinang. Tiada lagi hilai, semua bercerai. Derai. Inilah pertama kali. Hilang seri seni kasih kami.

Telah pergi ayahanda, tinggal kami. Tanpa kami mampu setujui. Pergi jiwa kami mencari yang pasti. Membiar pasrah akan apa terjadi. Biar pergi dengan aman. Tiada mampu kami tangisi, hanya sendu yang kami ganti. Jangan ratapi, biar aman pergi.

Bahagia kami dengan ayahanda tiada ganti, ayahanda tetap buat kami. Ria kita sama rasa, sama bahagia. Buat kita lebih mesra, lebih berkeluarga. Tiada sunyi kami di sini, ayahanda pengganti keluarga.
Mungkin setakat ini kisah kita bersama, namun semua cukup indah. Biar diterima realit, hakikat yang berat. Semua yang kita punya kan bersemadi selamanya. Harapan ayahanda menjadi pemangkin semangat kami. Teruskan semua dengan usaha jitu, saling berpadu dan dersatu demi ayahanda.

Ayahanda amanlah di sana. Doa buat ayahanda di setiap sujudku, untuk membalas jasa ayahanda. Apa yang terpotret kami simpan selamanya, sebahagian jiwa kami, kenangan terindah. 

Thursday, February 3, 2011

Sakit terhimpit

derita tertahan tiada terluahkan, berantakan silang kata tiada jawapan. emosi tiada mampu disembunyi, sakit hingga tidak mampu terluahkan. terlalu banyak menyimpan.

cuba pasakkan di tempat ini, nescaya pasti kan terasa keliru minda celaru jiwa. bukan sepurnama dipendam, tapi bertahun tiada terlantun. sering disembunyi, dibiar lalu kerna kamu. terlalu banyak mengalah hingga x mampu lagi beralah.

saat inilah telah mati segala rasa. tiada lagi semangat waja, hilang sudah makna. biar, biar, biar hilang semua derita. berkecai segala duka. sudah, sudah, sudah!! biar sengsara dimuntah, kerna selama ini tiada terluah.

sesaat saja cuba mengerti, sedetik saja cuba hargai. itu memadai buat sang hati. tiada perlu dibina mahligai, tiada perlu santap diraja, cuma cuba mengerti mohon hargai.

bila hilang sudah percaya, sungguh hati mati serta merta. tiada lagi mampu kembali. tetap di sini kerna tak mau sakit lagi. canangkan saja apa dimau, kerna sudah tidak peduli lagi.

jika ini bukan apa2, sama juga buat di sana. itu hukum karma. mungkin hina, petingkan diri, hipokrit dan segala mazmumah, tapi apa ada yang sempurna? sampai bila x mampu serasi bersama.

tabah saja dengan segala. terbanglah ke empayar yang berbeza, mereka lebih mengerti, lebih menghargai. tinggal saja derita, kerna semua sia2. maaf jika ada yang berubah. hati sudah cukup lelah.