Friday, January 28, 2011

malam sendiri

sendiri malam ini, tiada siapa di sisi. mungkin kerna memilih untukdi sini lagi. esok sudah mula cuti, dia tertinggal di sini. senandung ini baik dihenti, guna saja medium muda mudi.

sebenarnya agak gembira hari ini. walaupun sorang2 d bilik tapi x rasa sunyi. ada juga yang menemani. elaun sudah ada di tanan in, tinggal tunggu di layang ke sana sini. 

masih belum ada rancangan khas untuk cuti, kerna semua perlu izin dari encik Ayah. ada beberapa rancangan yang sudah di draf dalam kepala, cuma tunggu green light lagi 

andai semua sudah dipersetujui,maka berterbanganlah duit ke sana sini. hehehehe...

malam ini ditemani encik kanda dengan mesej2 yang biasa, tapi bermakna.. tapi lucu bila ada saoun effect kakak2 kpli ni bekkoling2 d bilik atas... hahaha

SELAMAT BERCUTI!!!

Wednesday, January 26, 2011

CUAK

Curiga lalu cemburu. bimbang tak mampu lagi bertahan di situ. terkesima tiada punca, tersedar dari mimpi  lena.tidak tahu mau berbuat apa. kadang terasa suda tiada makna, kerna semua sama sahaja. tapi mau saja dipertahan, biar jadi idaman. acapkali x mengerti apa ambisi, mengapa teruskan jika ini cuma ilusi bermusim.

mungkin bermula ditulis di atas kertas tisu, namun pasti akhirnya kan terukir di hati. aku cemburu akan itu. jangan ganggu. biar begini, berdua bersama. memohan jangan mucul, namun tetap terpacul.

ini sakit lagi menghimpit. tertanya tentang hak ingin memberontak, namun bukan empunya jiwa. mungkin saja saling menyimpan rasa, kerna lebih mesra. dan ada yang terpinga kerna menjadi yang biasa.

mengapa perlu rasa ini, di utara rasa tertanya, selatan kian menekan, timur kabur, barat tersekat. serabut semuanya hingga kelam kabut.

pasti saja akan mengalah, lalu melangkah. dan biar tertewas dibiar lepas bebas. pergi saja tanpa wasangka, tinggal saja tanpa kesal. tapi hati tetap tidak mahu hilang seri. jangan pergi. tetap di sini. walau masi tidak ketemu solusi.

biar begini tanpa posisi. biar Tuhan bagi solusi. bosan mencari jawapan, jangan tinggalkan. kerna ada yang masih menafi. takut hilang yang di sisi.

MOHON TETAP DI SINI, PENDAMPING KALA SUNYI, TEMAN KALA SENANG HATI.

sampaikan gelombang rasa ini, lewat gelombang delta manusia yang beradu. biar jadi mimpi, ingat kala realiti. jangan jadi ilusi.

I AM AFRAID TO LOSE YOU

Tuesday, January 25, 2011

tag

senandung kali ini agak santai... setelah beberapa ketika, blog ini dibiar sendiri, ada juga yang perasan akan kehadirannya. seorang Dinda telah tag juwita ini soalan tentang "permainan kecik2". memandangkan ini tag yg 1st, sy layan dengan penuh gembira dan penghargaan kpd Dinda Daya yg telah tag saya... so... LAYANNNN...


1. MASA KECIK-KECIK SUKA MAIN APA?

main getah... hahahaha... inilah alat permainan yang sering sy bawa pg skolah, x kira skola kebangsaan atau skola agama. hehehehe

getah ni slalu kna rampas

bole kira jaguh juga la sy main permainan ni. memandangkan saya bole dikatakan agak tinggi masa kecik2 dulu, kawan2 lain masi belum brapa tinggi, so sy slalu la jadi juara. hahahaha... sampai tahap MERDEKA tu pun sy masi bole lepas. maklumlah, badan masih ringan, kaki pub panjang. so, senang2 la sy lompat setinggi2nya.

2. CARA PERMAINAN

cara main permainan ni senang saja. lompat ja getah tu denga apa juga cara sekalipun. macam main lompat tinggi juga, cuma yg dlompat ni getah.

secara kartunnya begini la mau main

model x dkenali. dpt gmbr dr gugel

3. SEBAB SUKA PERMAINAN TERSEBUT

sy suka main sebab ramai kawan sy mau main skali. pastu pompuan suma. hahahaha... dan yang buat lagi seronok, klu sy main, kompom sy menang. sebab lawan sy x brapa mau panjang kaki. hehehehe...lgpun game ni mencabar kekuatan fizikal. ini yg buat sy ble ikut lompat tinggi. senang mau kasi terbang2 badan

4.MEMANDANGKAN DAH BESAR NI, RASA-RASA NAK ULANG BALIK TAK?

definitely... huhuhu... sekarang ni badan dah berat, xtau dapat main lagi atau x... pastu suma pun dah malu main permainan ni... dah besar panjang la katakan... x manis dipandang orang.. gadis remaja lagi jelita (cececeh) ni melompat2 tunggang tebalik main getah kan... lgpun da x dapat angkat badan da skrg ni.. adipose tissue da makin banyak... klu ada chance tuk main, sy join juga kali..

5. RINDU X MASA TU

rindu sangat... dulu badan ringan... senang ja angkat badan... sekarang ni? dah x berdaya...lgpun dulu main ramai2 ngan kengkawan... huhuhuhu

memang permainan ni agak bahaya, tapi seronok... sy slau main pagi petang dulu, x pernah seliuh pun, apatah lagi patah. tapi bila main futsal ngan bola jaring.... adoi.... sana la segala tulag temulang mau teseliuh la, dislocate la.. macam2... cua ada orang tua2 pesan, yg pompuan xbagus lompat2 mcm tu.. bahaya pd bahagian dalaman... itu sy x brani mau komen... heheheh...

so, that's all 4 dis entry...thx Dayu 4 d tag. 

Monday, January 24, 2011

Tuhan biar aku Kepenatan

Tuhan mohon beri jawapan. mengapa terus bertahan tanpa rasa kepenatan? entah apa dirasakan. ambisi x mampu dbentangkan. hubungan ini tiada tujuan.

biar penat agar x terjerat akan rasa yang mengikat kuat hingga nanti x mampu lagi dilepaskan.akhirnya nanti siksa sendiri.

bila akan lelah jika ini telalu indah? apa sama merasa? entah ya etah tidak. tetap terus lurus melawan arus. 

sukar untuk tinggalkan, payah untuk biarkan. entah apa dimahukan. celaru, keliru, buntu. Tuhan, biar aku kepenatan.

Friday, January 21, 2011

penat

frekunsi detak jantung x menentu, sel berlanggar antara satu, daya hampir tiada. tenaga tinggal sepertiga. x mam[u lagi untuk jaga. mencari keluarga untuk bermanja, semua sibuk belaka. sedih melanda. lelah semakin lemah, lalu mengalah.

merayau mencari punca, di mana mau berkongsi rasa. cuma punya satu jejaka, sudi mau dicuri masa. sering saja dia ada, walau suka walau duka. mungkin kadang ada sengketa, namun itu fitrah belaka. sebahagian dari cerita. tenang, damai, selesa. itu dirasa bila bersama. seolah malam dihias purnama, seolah langit dirias kejora.

adapun juga seorang juwita, jadi peneman ria lara. andai saja ada, biar dipeluk pendamai rasa. lemah semakin meronta, teanaga tinggal sedikit cuma, mata layu semakin kuyu. ingin berjaga tiada mampu. mohon izin senandu dihenti, agar bisa diulit mimpi, bertemu kita di lain kali.

Bayu juga mengerti

Bayu juga mengerti, akan derita sakitya hati. Terlalu banyak yang telah dilewati, sakit bagai dipukul cemeti. Hingga bayu segan-segan berhembus pada diri, takut geserannya akan menyakiti. Namun sering ia menjadi penawar, dalam rasa yang gusar. Usap belai penuh waspada, bikin semua terjaga.

Bayu juga mengerti, sengaja ia biar masa terhenti, untuk kita terus berdiri, biar jadi satu hati. Kadang seperti sinetron di telivisi, tapi ini realiti. Kenapa sering peluang tersia, kita berdia seribu bahasa. Hilang daya epiglottis jadi kalis, tiada bunyi, yang ada  hanya sunyi. Terus ia berlalu, dengan lidah masih kelu. Yang mampu hanya senyum malu,tapi tetap mahu. Sia-sia bayu menyapa.

Ingin saja dibiar semua hambur, biar ada tangan yang menghulur. Tapi semuanya kabur. Tidak mampu untk mesra, kerna ada yang ketiga. Yang tampak lebih ceria.mesra menyapa. Mungkin Cuma gurau senda, yang buat jadi senada. Masih terasa jejak ngilu yang tertusuk, kerna rasa yang merasuk. Risau terlihat jengkel, hingga jadi janggal, Seperti sudah tidak kenal.

 Tetaplah yang menawan, buat sering tertawan, hingga tak mampu terlawan. Biar ini berlalu bila purnama tiada, kejora sirna. Saat suria menyilau, biar terlihat kemilau. Di sini, berdiri, bersama, selamanya.

Wednesday, January 19, 2011

hikayat kasih kali ini agak sedih... celaru kotak fikir mengenangkan nasib kak dila.. derita yang dia punya sudah cukup siksa.. aku yang melihat saja suda merasa seolah disiat, apatah lagi dia yang menderita menghadapi ujian darinya... beruntung dia diuji sebegitu rupa.. walau getir perjuangannya tak pernah berakhir.. sering saja dia hadapi dengan tenang walau air matanya sering berlinang... tiada apa mampu aku lakukan... kerna aku bukan juwita citra yang punya sakti, sakitnya tak bisa ku ubati..  aku cuma bisa menjadi pendamping, yang bisa mengesat air mata yang berlinang.. sakit rasanya melihat tanpa bisa bikin dia lebih baik... aku cuma berharap, kehadiran aku di sisi mampu menghilangkan sedikit dari kesakitan yang dia alami.. biar pelukan ini menjadi pendorong kepada laskar imunisasinya semakin kuat... aku cuma mampu memohon pada yang maha kuasa untuk biar kau tabah dan semakin kuat dengan ujiannya...

kotak hati pula seolah dijentik-jentik.. encik kanda juga sama.. laskar imunisasinya kalah dengan virus-virus yang bertali arus... cuma hati berbelah bagi untuk bertindak.. keliru mau berbuat apa... tidakkah pelik bila aku yang panik... aku mungkin juwita yang bisa meneman kala ria, namun apa layak aku menjadi peneman kala duka? mohon encik kanda jangan marah andai aku terlebih perhatian... ini fitrah manusia bersahabat, lagi-lagi jika erat... encik kanda semoga cepat sihat.. kak dila juga harus ingat...

Saturday, January 15, 2011

bahagia begini

alkisah laskar imunisasi berperang melawan virus yang menular dalam tubuh. menggelatar sel-sel di segenap tubuh ini. kedinginan ini membuat aku semakin lesu. hilang keterujaan untuk berpeluh. tiada rasa yang seronok. gembira juga kian menyorok.

di kala dingin bikin aku kian tumpas, ada kehangatan yang melibas. suara kasih dari mama, belai manja dari teman dan perhatian dari semua. cukup bikin aku lebih semangat, untuk kekal sihat. tiada ku mau kalian terhimpit dek kerana aku yang sakit.

untaian kata ringkas dari encik kanda, cukup untuk aku hilangkan bisa. walau aku sedikit terluka, sakit ini jadi pembuka mata. hubungan kita masih punya makna. salah aku kerna salah meneka, juga kurang mengerti sifat biasa.

terima kasih kerana kembali. aku bahagia begini. 

Saturday, January 8, 2011

Arjuna

jika ini bagi kamu sudah tiada erti, mengapa harus aku yang berlari-lari mengejar mimpi yang tak pasti? soldadu egoku berundur demi membuka ruang untukmu. seolah si dungu yang mencari kaki si sawa. yang pastinya x wujud di dunia nyata. apa guna kaki ini terus mencium tanah dan meninggalkan jejak? andai kau terbang tinggi meroket ke langit? apa mungkin mampu tergapaikan? yang aku ada cuma jejak2 kesakitan yang aku cipta sendiri. dungu sungguh dungu.

mungkin aku yang melebihi takat keterujaan. menganggap apa yang kau beri itu istimewa. tapi adakah itu suatu kesalahan? mengapa tidak pernah kau perjelaskan? kau biar aku termangu menunggu kau pimpin tangan ini. bawa aku ke jalan yang harus aku tempuh. sedangkan kini kau lepas tangan itu, dan biar aku sendiri di perantaraan kesakitan. kemudian bayang yang selama ini aku ekori, lesap dalam gelap. terpaksa saja aku mengumpul setiap semangat yang ada untuk berundur. sakit rasanya.

terkadang aku terfikir, apa perlu saja aku biar kau yang merasa. biar kau rindu aku yang sentiasa menjadi bayangmu, biar kau rasa kehilangan separuh bentuk hatimu. biar kau rasa sepi dalam keramaian,dan sedih dalam keriangan. biar kau sedar yang kau perlu aku?  namun, semua itu tida kesampaian, ku biar terangankan. kerna ku tak mau kau kesakitan, biar aku saja yang merasakan yang namanya penderitaan. kerna ini namanya pengajaran. dan kau sering kumanjakan.

sungguh aku seolah si dungu. entah di mana harus ku tuju. walau buruj di langit malam sudah setuju memberi jawapan untuk segala yang buat kepala ku menggerutu, tapi tiada solusi yang aku mahu. memang aku mahu pergi, tapi masih saja aku mahu kau di sini. namun hati ini telah terkhianati oleh dirimu yang x pernah mahu mengerti akan keadaan yang x mampu aku kemudi. mungkin akulah nakhoda yang bertugas di armada, namun apakah gelora lautan aku yang cipta? mengapa sukar untuk kau fahami?

aku bukan wonder woman yang punya magis. kau juga bukan arjuna dewata yang punya kuasa. kita tidak punya apa-apa. kerna itu aku terima kau apa adanya. aku yakin kita sempurna bila berdua. tapi sampai bila harus aku mengalah?

Thursday, January 6, 2011

bunuh saja rasa itu

teganggu lagi, lalu menangis, mencari pendamping, untuk mengalunkan senandung syahdu. termangu-mangu mencari jawapan di utara minda, di selatan rasa. banjir kilat menerpa x semena. tiada ku undang. entah mengapa rasa ini harus di sini. keliru mencari, buntu menggali solusi. tiada daya aku teruskan jika ini angin rasa ini  yang kau tiupkan untuk membuaiku. bunuh saja rasa ini. berbahagialah. jangan buat aku keliru. ini cukup untuk aku bahagia walau sekejap saja.

Wednesday, January 5, 2011

Terganggu

Biarkan gelombang rasa ini teraruh dan terus menjauh. hanyut bersama rasa yang kalut dan minda yang kusut. aku terganggu. rasa ini menyentuh lagi. bait-bait sintaksis tiada terluah dek ego yang meninggi. ya. aku takut. takut hilang kamu. aku sungguh selesa di sini. aku x berani melangkah lagi. aku hanya menunggu kau untuk pimpin tangan ini untuk aku menapak lagi.

aku terganggu. x keruan dan termangu. rasa ini seakan membunuh. aku rasa kau jauh. bila kemesraan tiada lagi mampu ku rasa. biar aku tahu, apa kau marah? jangan kau membisu.

Sunday, January 2, 2011

Please welcome, the new chapter of ur life

hamparan sirus nmpak samar pagi ini. mungkin masi belum cukup wap air yang disejat dek Sang Suria yang masih berselindung d sebalik gunung ganang . pagi ini aku mecari damai buat penyedap hati yang gusar. berat hati untuk pergi, berat kaki untuk melangkah. ya. aku tidak harus leka dalam fiksi yang aku reka. harus aku bangun dari mimpi dan celik dari ilusi minda yang aku bina sendiri.

ya. aku masih belum bersedia.menghadapi realiti esok hari. sesi kuliah Semester 1 Tahun 1 akan bermula. beban tugas dan tanggungjawab mengiringi. terkadang aku terfikir, mengapa perlua aku memegan watak yang banyak dalam cereka yg boleh aku atur mengikut cita rasaku?

aku menyeru setiap roh dan semangatku yang tertinggal, berlegar2 di mana saja untuk kembali. biar makhluk ini boleh bersemangat memulakan perjuangannya di kisah yang baru. mungkin terlalu banyak yang aku alami pada kisah yang lalu, membuatkan aku membuang sedikit-demi sedikit jiwa yang aku punya.

aku bersenandung mencari jawapan. mengapa aku hilang jiwa. wahai sang diri, terpaksalah kau menghadapi kenyataan.