Sunday, January 29, 2012

Secangkir Kopi, Sebuah Puisi II

bersama kopi di kiri
di kanan pena menari
minda lari-lari
kejar ilham rasa hati

sering kali begini
macam badut taman hiburan malam hari
nampak senyum tiap hari
tapi rasa, yg tahu hanya Ilahi
lewat topeng dia sembunyi

kanak-kanak ketawa suka hati
hadiah diberi sana sini
dengan gulali dan patung teddy
sedangkan dia tidak mengerti

ini realiti
harus diterima sampai mati
sudah aturan dari ilahi

fatamorgana semua ini
yang kekal nanti di Ukhrawi
moga ditempatkan di Jannati
supaya rasa x perlu lagi sembunyi
sering gembira senang hati
sambil dandan dengan Bidadari
InsyaAllah dengan izin ilahi

semoga ada kekuatan untuk melangkah lagi
bersama onak duri
biar berparut sebagai tanda diuji
Tuhan yang mengasihi

Thursday, January 26, 2012

We have a MISSION!!

Sepetang Khamis, di malam Jumaat, tengah tengok2 gambar yang ada dalam MR.VIVAZ yang agak usang ini...
owh.. banyaknya memori.. terjumpa dengan kisah permulaan kami bekerja dengan peralatan dan radas makmal untuk tahun ini... macam kerja restoran pun ada bila kena cuci2 ni...

Ya.. waktu cuti begini, tinggal d rumah, xda kawan2 yang sgt fun itu, memang agak boring... rindu pasti menyapa.. untuk kali yang pertama di tahun ini, kami x buat experimen, tapi kami main cuci2.. macam mission Running Man pun ada juga.. siap ada yg rasa macam CSI lagi... comel~


Blue Team

CSI: BL (bukit Langsat)

Ni kompom senyum semua, tapi x nmpk senyuman.. sorry~


Lepas da cuci2 semua lens mikroskop tu, so ada la qualiti check by En.J. bila da pass, kelam kabut la mau hantar mikroskop balik bilik persediaan, kunun2 mau kasi abis awal mission...




lepas dah siap part mikroskop, terus dengan misi ke-2.. cuci2 radas.. wah.. yg bestnya, pakai apron macam d restoran...
Before

After



Abang2 encem yg cuci CF

quality check by chief supervisor
quality check by supervisor

para pencuci yag setia semangat (aik.. macam Masterchef)


last moment! yeah! misson accomplished
huuu.. BTW, hari itu sgt seronok.. semua bagi kerjasama, dan gembira.. :) CONGRATZ Inaradian.. :)

Sunday, January 15, 2012

puisi buat para Ibu

Senandung pada malam
Biar alam bicara
Luahkan pada siang
Biar bayu menyapa

Seolah lautan tiada tumpah
Begitu pedih ditahankan
Seperti tanah dipijak-pijak
Tetap gagah kau merelakan
Umpama deras laju bumi mengorbit Sang Suria
Tiada terasakan manusia
Begitu rasa kau sembunyikan
Tenang sentiasa

Sering menjadi empangan
Membendung perasaaan
Tiada kau banjirkan
Apatah lagi menghujani
Mungkin dirembes sesekali
Namun tiada kelihatan

Tetaplah bertahan
Aku menunjang di belakang
Walau tidak kenampakan

Saturday, January 14, 2012

Secangkir Kopi, Sebuah Puisi

Malam dingin
kopi masih dengan kehangatannya
aku juga
masih hangat dalam pelukan kasih sayang-MU

Alhamdulillah
kalimah syukur terucap
dalam berjuta umat
aku yang KAU beri kesempatan
untuk sama berdekatan denganmu
saat malam sudah sepertiga

melagukan keindahan nama-MU
bersenandung merdu kalimah-MU
berfikir akan keagungan-MU

bertemankan secangkir kopi
aku nukilkan sebuah puisi
akan rasa bahagia bersama-MU
yang sempat merasa kasih sayang-MU

Mohon jangan kau hilangkan hidayah-MU dari aku
Tetapkan hatiku dekat dengan-MU
biar aku terus zahirkan
Bukti Cinta aku kepadamu, Penciptaku...

Tuesday, January 10, 2012

Dia-ayah

Tuhan, di mana dia?
di mana kau lemparkan jiwanya?

Unjarkan aku kasih sayangnya
Usaikan rasa yang kalut serabut
Usap luka dalam hati yang tersembunyi
Utuskan semula Dia yang penyayang

mungkin tidak sedekat mana
tapi kami kongsi sama rasa
sama bahagia
kasihnya mendarah daging dalam diriku

ini saat aku perlu dia
saat Kau duga aku dengan rasa
Saat aku sukar percaya
Apa mungkin jodoh sudah tiba
dan mau bertanya
pada dia Wali yang berhak

Aku menulis untuk Dia
kerana mungkin tiada ruang
peluang untuk berbicara