Friday, December 31, 2010

biar masa terhenti di sini.

 29/12/2010

hari ini kami (delta's 07/08) berjumpa lagi. seperti selalu, tidak semua ada, tapi cukup korum. ada rasa teruja sebelum jumpa mereka. sangat teruja. ini tahun kedua kami jumpa begini.

mungkin ini agak berat sebelah, tapi aku mengaku, dalam perjumpaan kali ini, VYA la yg paling aku ingin jumpa. rindu pada dia kian membukit,malah semakin menjadi gunung apabila kami berada di tempat yg sama, tapi x berpeluang untuk berjumpa atas sebab komitmen masing2. terlalu rindu pada bahu yg menyokong itu... ahh.. ini rasa yg x mampu ku simpan.. ku lepaskan semuanya hari ini.. kerna mungkin ini waktu terakhir aku bisa bersama dia sebagai remaja. bila usia semakin berganjak, pasti emosi kian berubah. selepas ini, vya belum pasti akan ikut serta dalam perjumpaan kami. Vya bakal meneruskan pengajian di India mac nanti.

mungkin x banyak yang dapat aku ceritakan di sini, kerna aku ingin biar ia tersemat kukuh dalam memori. perjumpaan ditetapkan d KFC, sebab ada aircond dan dekat ngan parking bas. sesi menunggu sgt best bila rasa excited semakin melonjak2 bila sorang demi sorang sampai. dan ia buat aku benar2 rasa rindu. kemudian, sesi makan. diikuti, sesi bergambar. aku snap sberapa byk gmbr yg aku mau. biar jd kenangan selamanya. seterusnya, ada yg minta izin untuk balik dulu, dan tinggallah kami berenam. dsebabkan boring da becerita, so, kami pun main smpai boring...

lokasi seterusnya, cafe d'liffy(entah betul ka ejaan). tmpt baru, makan kek saja. dan kami smbung cerita d sana. ketawa lagi. dan semakin rasa x mahu meningalkan. Biar masa terhenti di sini,supaya bahagia ini xkan terpadam. kemudian kami dihamparkan realiti agar kami sedar. Naza terpaksa berangkat untuk ke Sarawak. Selamat Jalan, Naza...

hari ini dteruskan lagi dengan shopping. singah beberapa kedai untuk cuci mata. kemudian, tiba giliran vya untuk pergi. dan ini sgt mencabar bagi aku. aku peluk erta Vya, sbg tanda selamat jalan. xmau terlepaskan. sakit rasanya. Jaga diri Vya...

kemudian, kami berempat menghabiskan saki baki waktu yg kami ada dengan langkah yg sepi. tiba masa untuk kami berpisah.  masa untuk balik rumah.Selamat jalan taqie... selamat blajar kyna... slamat berjuang mark... agak lewat bagi aku balik hari ini. tapi 10 jam yg aku punya dengan mereka (atau vya) x mampu untuk membayar waktu yg aku luangkan tanpa mereka.

SUNGGUH AKU SAYANG KAMU.
PERSAHABATAN YANG KITA PUNYA, XMAMPU TERKALAHKAN
INILAH SAAT MANIS DALAM HIDUPKU,
BERSAMA KAMU...

SALAM, SAYANG, SELAMANYA...

selalu selamaya

Friday, December 24, 2010

This is New

hello Mr. Blog.. sy da buat blog baru.. blog lama buat sy sakit hati.. hahaha.. skrg ni sy ngantok, so sy mau tdo dluu.. nanti sy post entri...