Tuesday, February 28, 2012

Jantung
Kenapa degup kamu lebih laju
kenapa detak kamu lebih kuat
iramamu tidak sekata

sel darah
kenapa mengalir sangat deras
kenapa arusmu dapat dirasa d setiap urat
tengang tengkuk pelindung medulla oblongata

Kaki
kanapa selalu sejuk
sampai ngilu metatarsal dan phalanges

kemudian tertanya
Apa yang telah saya bayar untuk degupan jantung ini?
apa penghargaan yang telah saya beri kepada pemilik nyawa ini?
di mana jalan yang saya tuju dalam langkah kaki ini?
apa usaha yang saya kerjakan dengan jasad yang saya ada ini?
apa roh yang telah saya semadikan dalam jasad ini?

saya khilaf
INSAF
استغفر الله العظيم
تبنا الى الله

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi" ( Al-A'raaf : 23)

" Wahai Tuhan kami, janganlah kau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya" (Ali `Imraan:8)

Saturday, February 25, 2012

" Titik pertemuan perasaan itu      adalah TUHAN"

Friday, February 24, 2012

Kisah Hati

Tuhan...
hati saya rapuh...
macam gula-gula kapas taman hiburan
mudah kembang dan cair
walau seketika

Wednesday, February 22, 2012

HIJRAH

Assalam... sudah lama x menulis cara santai2 ni... telampau layan puitis kan.... lupa pula dengan perasaan orang2 yg susah mentafsirkan.. hari ini topiknya HIJRAH.

pada waktu dan ketika ini, sambil-sambil jari jemari berlari-lari di papan kekunci, saya ditemani Mihun Goreng. Hahahaha... masih makan pada waktu ini? jaga kesihatan, Ckyn...

sejak akhir-akhir ni, selalu baca artikel pasal hijrah para artis.. Ya la. Saya kan selalu blogwalking. Seronok juga baca bila dah ada yang dulu x pakai tudung, sekarang dah pakai tudung. dulu menyanyi lagu2 Cinta, sekarang dah nyanyi Nasyid. Alhamdulillah dah jumpa jalan. Syukurlah. Allah sayang tu. Semoga istiqamah.. so, ini salah satu PENGHIJRAHAN yang baik. sudah ada kesedaran untuk jaga aurat.

satu lagi kisah penghijrahan bila orang sekeliling saya dapat HIDAYAH dan memeluk Islam. bila dapat tau, hati rasa sebak. kenapa? sebab malu dengan diorang2 ni. Suci dari dosa, dibanding saya yang dah 21 Tahun hidup ni. Astaghfirullah...

dan bila selalu jadi yang terpilih di sepertiga malam ni, saya ada rasa sesuatu. Kalau orang lain berhijrah, kenapa tidak saya? masih terlalu banyak kekurangan yang harus saya atasi dalam diri saya. bukan mau jadi sempurna, tapi menuju redha Ilahi. bila bangun tiap malam, saya betul2 rasa ketenangan dan Islam itu sendiri. Sangat rasa yang Allah itu sedang mendekati.Susah saya gambarkan. try la bangun malam dan rasa sendiri... memang indah... <3 Allah. Syukur Allah pilih saya untuk bangun di sepertiga malam...

saya nampak kesalahan saya tu, saya tekad simpan semua shawl yang kecik2 tu d rumah. yang x menepati piawai tu sy tinggalkan d rumah. dengan tekad xmau pakai lagi. yang dalam simpanan sekarang cuma Pashmina. yang 2 kali ganda lebih panjang dan 2 kali ganda lebih lebar dari shawl tu. Syukur Alhamdulillah, saya dah rasa keselesaan untuk pakai Pashmina yang lebih labuh daripada Shawl tu. dan kalau pakai selendang x tutup dada sekarang,. rasa mcm pakai skarf sja. Tapi, saya dah x biasa pakai tudung, saya pakai Pashmina. Allah x suruh pakai tudung kan, Allah suruh tutup aurat. Saya rasa dengan Pashmina ni, aurat saya terjaga. InsyaAllah... Tapi tudung labuh? mini telekung? hmm.. terlintas juga, tapi InsyaAllah...
inilah Pashmina. Sorry saya x ada banyak "tudung"




lepas tu, tiba2 datang pula sindrom sakit kaki pada waktu maghrib dan ke atas...maklumlah kalau turun besukan ni, memang x lari dari kecederaan. dulu2 tym muda2 ikut lompat pagar, kaki teseliuh, main bola jaring, teseliuh lagi. jadi kaki ni kalau sejuk2 sakit pula rasa sampai ke tulang. maka, untuk menangani kesakitan tu, letaklah minyak panas, pastu pakai stokin. dan tiba2 terdetik. owh.. ini kurangnya saya dalam menutup aurat. kaki tu masih bogel. Kaki juga aurat yang harus dijaga dari pandangan bukan mahram.  Mungkin sakit yang saya rasa ni la yang jadi titik permulaan hati saya terbuka untuk pakai stokin. Sy rasa lebih selesa, selamat dan gembira dengan stokin di kaki. lagi2 jumpa stokin comel2... so, setiap kali pg masjid, memang pakai stokin.bukan stakat mau elakkan kaki sejuk atau sakit, tapi untuk biasakan diri. Alhamdulillah, setakat ini positif. Semoga istiqamah. so, kepada encik bakal suamiku, sila masukkan stokin comel dalam senarai barang hantaran yer~... :-)

Gembira bila dapat beli stokin comel begini


InsyaAllah, akan berusaha terus maju ke hadapan, menjadi lebih baik. Semoga apa yang Allah berikan ini tidak ditarik kembali, atau saya lupakan. Terima kasih untuk insan2 yang menyokong dan tidak jemu mengingatkan...

* berkongsi kisah tidak salah kan... :-)

Tuesday, February 21, 2012

CINTA

Jika kau cari di mana akhir cinta
Harus kau beri cinta kepada tempat asal cinta
Pemilik agung cinta itu Allah
Nescaya milikmu cinta yang kau damba

Senandungkan ayat-ayat cinta
Di sepertiga malam
Yang tertulis di dalam
Kitab suci al-Quran
Yang diwariskan sepanjang zaman
yang pasti kau temu jawapan dan ketenangan

Serahkan cintamu pada Khaliq
Letakkan cintamu pada Muhammad
Sebelum cintamu pada sesiapa

Istikharah memanggilmu
Untuk keputusan hidupmu
Cinta itu indah dalam nikah
Semua yang dosa jadi pahala
Bila hubungan menjadi halal

*puisi ini terhasil semasa Kuliah Pengurusan Cinta yang diadakan sebagai pengisian BIG di Masjid Jamek IPG Kampus Keningau. Semoga bermanfaat... (^_^)

Apa Ada Pada Nama - Norashikin

Lahir ke dunia
dibisikkan nama Agung "Allahuakbar"
dari ayahanda yang mengazankan
diusap dibelai dengan kasih sayang ibu yang mengandungkan
sekian lama dia tunggu, aku lahir malam itu
11.51 malam, 6 Mei 1991
penantian berakhir setelah sembilan bulan

Buntu ayahanda dalam langkah ke Jabatan Pendaftaran Negara
Dengan nama yang ditetapkan oleh nenda
mahukan Ashikin itu ada pada cucu
dan ayahanda cuma mampu menambah Nor pada nama
maka wujudlah aku sebagai Norashikin

ya, ini aku. Norashikin
Ashikin, tingkat tertinggi dalam perasaan cinta kepada sesuatu atau seseorang
dengan harapan aku akan membesar dengan penuh kasih sayang
dan kasih sayang akan menjadi simbol kewujudanku

mungkin juga nama ini rindu
Ishq kata dasarnya
mengharap akan menjadi kerinduan
dan sering merindu kasih sayang Tuhan

mungkin juga "siqqin"
tajam maksudnya
tajam akalnya. tajam matanya, tajam bicaranya
dan ini kadang menjadi kekurangan

mungkin juga kerana aku simbol keasyikan
kasih sayang keluarga
atau mungkin keindahan bulan yang mengasyikkan
dan sering ibu berdoa
biar terang hatiku
umpama purnama yang menyinari gelap malam

tapi, janganlah aku yang asyik dengan dunia
lupa dan leka kepada pencipta.
atau menjadi penyebab kepada keasyikan manusia menatap aku
keasyikan manusia mendengar petahku
keasyikan menusia bersamaku

pada nama ini aku berdiri
dengan rasa cinta yang menbanjiri setiap salur darahku
dengan ketajaman akal dan bicara
yang membawa nur kasih
merindu Tuhanku
walupun sering aku lupa.
dengan keasyikan dunia

Sunday, February 19, 2012

Malu

malu bila seorang lelaki berdosa kerana aku. 
terlalu malu pada Tuhanku, kerana aku, bergetar tugu iman seorang lelaki. 

Saturday, February 18, 2012

Melepaskan

. selamat tinggal angan dan impian yang sekadar modal untuk berbicara. Saat ini aku benar-benar melepaskan kau berlayar ke mana saja pelabuhan hati yang kau mau. biarlah aku terus dengan kehidupan yang tak pernah kau ambil peduli. terima kasih atas kesakitan yang kau beri kerana telah mengajarkan aku erti hidup. membuka mata aku akan kasih sayang Allah terhadapku dan menjadikan aku lebih kuat untuk hari yang mendatang. 

Friday, February 17, 2012

Secangkir Kopi, Sebuah Puisi III

Duduk dalam ruang persegi
Menyelam dalam lautan emosi
Bertemankan secangkir kopi
Bersaksikan sebuah puisi

menulis lagi kali ini
mencari yang pasti
apa lagi kali ini
hadiah dari ilahi

dulu benar-benar sudah sedia
mungkin dia yang tertulis
lantas diminta agar ditautkan hati
jika benar dia
andai tidakmemohon untuk dijauhkan dan diberi petanda

jelas kali ini
menghilang tanpa khabar
menjauh tanpa pesan
gantung tanpa tali

Allah memberi jawan cukup jelas
walaupun kadang-kadang menyakitkan

tiada masa untuk kecewa
harus berbesar hati dengan kasih sayang Allah
yang menjauhkan diri dari perasaan yang salah
menjauhkan dari kesilapan meletakkan kasih sayang dan kepercayaan
dan lebih mendekatkan kepada pemilik cinta agung
dan meneruskan usaha mencari pendamping hati
pasti ada yang lebih baik

selepas ini
bertemankan kopi di kiri
kanan menulis puisi
akan berusaha lagi
mencari siapa pemilik hati
selepas Allah dan Rasul

<3 ALLAH, <3 RASULULLAH

Wednesday, February 15, 2012

Kembalikan Semula Aku Ke Lautan

Kembalikan semula aku ke lautan
biar terasa rindu
akan segarnya bayu hutan,
hangatnya kasih sayang daratan
yang tak pernah jemu menunggu

saat di lautan, ini yang ditunggu
mencencah kaki di atas lantai berbau tanah
tapi bila kaki menghadap muka ke daratan rindu,
hilang rasa kerna luasnya daratan,
ramainya pemilik rindu daratan

kembalikan semula aku ke lautan
biar sedar akan rasa menghargai
apa yang pernah aku miliki

kembalikan semula aku ke lautan
agar sentiasa menanti esok hari
kerna rasa takut mati
mungkin menghilang halimunan
di lautan penuh cerita

kembalikan semula aku ke lautan
biar aku rindu daratan
sedar aku kehilangan

(070212 *setelah hilang seminggu*)

Sunday, February 5, 2012

Aku Tahu

aku tahu rasa ini kau duga
kerana sering kali aku meminta
jangan biar aku cinta dia lebih dari sang Pencipta
dan alpa dalam kasih sayangnya

aku tahu rasa ini kau duga
untuk melihat sedalam mana cinta
pada Allah yang maha Esa
adakah aku bisa
atau hanyut terleka

sekejap aku lupa
saat aku sering meminta jawabnya
dan lupa meminta padamu
dan aku kembali saat ini
saat istikharah memanggil aku

mungkin ini jawapan istikharah ku
meminta agar menjauhkan aku dengan dia
kalau bukan dia yang tertulis di Luh Mahfuz untukku

tapi aku tak akan pernah putus asa
dengan apa yang Allah tulis untukku
semakin aku bertahan
semakin aku mencintai Tuhan

Aku menghalang kerana Tuhanku
Aku bertahan kerana Tuhanku
Aku sanggup kau tinggalkan
Asal Tuhan tidak menjauhi aku

Cintaku pada Tuhanku lebih agung
dari cinta yang kau lambung
Aku yakin telah tertulis jodohku
yang hanya Tuhan mengerti
Yang bakal diberi
bila tiba masa nanti
Jika bukan kamu
pasti ada, yakin pada Ilahi