Friday, July 27, 2012

lebih baik begini.

senyum tanda lega
berakhir satu perjuangan
ada medan lain sdg memanggil.


Wednesday, July 18, 2012

HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, perancangan yang dibuat selama ini telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah berjalan dengan jayanya. InsyaAllah, semoga ada hati-hati yang terkesan dengan pelaksanaan Festival Kesenian Islam ini. menjadi individu yang menunjang program ini mengajar saya untuk menjadi insan yang bersedia untuk apa saja yang mendatang. InsyaAllah, dibuat semuanya kerana Allah. InsyaAllah, bila kita membela agama Allha, Allah akan membela kita kelak.

mungkin ada ketikanya saya rapuh, dan rasa tertekan dengan karenah-karenah manusia yang tidak sama jiwa dan cara bekerja dengan saya, namun caranya cuma satu yang saya mampu, membiarkan mereka dengan cara mereka, saya dengan cara saya. saya tidak punya banyak masa untuk melayan semua tu.

Program kali ini pada mulanya, saya hanya ingin menjadi orang belakang tabir, tapi atas ujian dari Allah, saya terpaksa menjadi orang pentas sekali lagi. sejujurnya, berada di atas pentas sudah menjadi kebiasaan kepada saya yang telah menyebabkan saya hampir bosan. namun bila niat saya adalah kerana Allah, hilang rasa bosan, muncul kuasa tenaga..

selepas Festival Kesenian Islam ini, akan ada lagi program-program lain. esok, saya akan berhadapan dengan para pengundi untuk berkempen dan berpidato. sejujurnya, masih belum ada apa2 yang saya rancang untuk ucapkan esok, semoga Allah permudahkan urusan saya dan Sahabat-sahabat saya. Ingat Janji Allah. Lusa pula Mesyuarat Agung Tahunan Kopersi IPG Kampus Keningau bhd.

OH!! Seorang SHIKIN memang setabah ini. kadang-kadang saya sendiri tidak faham bagaimana saya mampu untuk semua ini. tapi, Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya kan? kekuatan saya semuanya dari Allah. dan syukur Allah kirimkan saya insan-insan yang memberikan saya semangat untuk terus melangkah. Mohon Allah ikhlaskan hati saya untuk berjuang di jalan Allah, untuk Agama Allah. Istiqamahkan saya untuk terus berusaha mencari redha Allah, dan membenarkan saya terus berpegang kepada tali hidayah dari Allah.

untuk esok, apa pun keputusannya, saya sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi seorang PEMIMPIN tertinggi semua guru pelatih di institut ini. kesediaan saya hanya pada SETIAUSAHA KEHORMAT. tapi saya yakin dengan rezeki yang Allah bagi. Apa saja keputusannya, saya akan terima dengan redha. Kerana hidup dan mati saya hanya untuk Allah.


Tuesday, July 3, 2012

GURU MUDA


GURU MUDA
Di sini aku menapak
Membuang jauh segala keinginan
Membulatkan hati hingga pengakhiran

Bakti ini, infiniti
Keliru ingin menjawab
kerana tertanya mana lebih lama
selalu atau selamanya

lihat di kiri
anak muda hilang arah
orang lama di takuk lama

lihat kanan
terkapai anak muda
lalai orang lama

harus letakkan pada bahu
aku pemecah benteng kekeliruan
pelerai simpulan kekusutan
Pembina tugu semangat

Mungkin senang kau sebut
Tapi yang digalas adalah bibir-bibir hanyir
Yang menghambur segalanya
Melihat keangkuhan
Seolah daging yang dihiris nipis-nipis
Lalu air dititis-titis
Sampai ingin teriak
Biar koyak bibir yang merekah

Namun harus ditahankan
Melihat dari horizon berbeza
Kerana akulah suria yang tersipu
Dari ufuk timur setiap pagi

Walau tersipu di balik awan dan gunung
Tetapi aku pemula keceriaan setiap hari
Yang gah di pertengahannya
Sampai keringat bertitisan
Dan terus bersinar waktu malam
Berbantukan purnama
Yang menjadikan malam indah

Bersama sinar, di bawa kehangatan kasih sayang
Mengajar untuk mengatasi ketidakselesaaan
Diberi percuma pengalaman
Untuk mengajar kedewasaan

Akan melangkah setapak lagi
Walaupun harus merangkak
Takkan berhenti di pertengahan
Kerana akulah yang mengubah
Trenda minda anak muda.
Akulah guru muda.


Sunday, July 1, 2012

Quotes





Sebanyak mana bahasa kau belajar sekalipun, 

tetap ditongsampahkan oleh Tuhanmu, bila kau 

bisu menjawab pertanyaan pertama alam barzakh