Monday, June 25, 2012

Tasik Kenangan

Tasik?
mungkin yang akan kau nampak cuma air yang tenang
atau juga lapisan hijau yang aku panggil eutrophication
atau pepatung yang bermain di permukaan air
tapi bagi aku
tasik ini tasik kenangan
di tepi tasik ini
aku mula dengan kejanggalan
dalan kesamaran kami berkenalan
seperti itulah juga ukhuwah kami
samar di permulaan
namun atas tali persaudaraan
diikat dengan simpulan keyakinan
meneruskan usaha untuk berdekatan
 dengan cahaya persahabatan
menyatukan jiwa-jiwa yang kepenatan
fikiran masih melayang huyung-hayang seperti di perjalanan
menggabungkan sedikit sinar harapan
menghasilkan kemilau indah perkenalan
seperti bintang di langit malam


setenang airnya, setenang itu bersama mereka
tanpa gusar akan kejauhan dari keluarga
tanpa gusar akan perbezaan
kerana kami bersatu atas satu nama

tasik ini menyimpan kenangan kami
berperang dengan nyamuk yang riang gembira
seolah pepatung yang bermain di permukaan tasik
tasik ini menyimpan gelak tawa kami
menghilangkan penat seharian
tasik ini menyimpan rahsia kesedihan kami
meninggalkan kenangan malam-malam kami
bersaksikan purnama dan kejora
berjaga demi mereka
bagai rumput dan lalang perlukan belalang
seperti itu kami saling memerlukan

aku gali dalam benak fikiran
aku bina tasik kenangan
yang tenang dan mengasyikkan
lantas disimpan ke dasar
kenangan di tepi tasik
bersama mereka selama 6 hari
biar tidak kekeringan
tika musim kemarau senggang bermula

kujaga tasik kenangan
dengan doa kupanjatkan
agar ukhuwah yang terbina berpanjangan
mugkin kami saling merindukan
mohon agar Tuhan pertemukan kami
dalam doa-doa kami...


* KAGUM KRS IPG Perlis Jun 2012






Wednesday, June 6, 2012

Dewasa

Assalamualaikum...

cuti yang bermula digunakan semaksima mungkin dengan keluarga. 3 Jun 2012 - 5 Jun 2012 saya dan keluarga bercuti di Labuan. Pulau kenangan yang sering saya rindu bayunnya. yang menyimpan kenangan zaman kanak-kanak saya dan menyimpan sedikit kenangan alam remaja yang mula meninggalkan keluarga.

berada semula di gerbang Kolej Matrikulasi Labuan mengimbau kembali kenangan semasa saya mula untuk melebarkan sayap. dengan kenangan Compress!! di Dewan Mutiara, Solat di surau al-Irfan, tukar "arah kiblat" di DK, Blok A yang jauh. Padang yang besar macam kompleks sukan keningau, dan persahabatan. pengorbanan perasaan demi sahabat, meninggalkan sahabat demi keluarga dan macam-macam lagi. banyak. sampai ada takungan air jernih yang ditahan dalam kolam mata.itu semua kenangan. sekarang, saya ada IPG Life.

berbeza. dunia yang sangat berbeza. belajar dari pengalaman, kau akan dewasa sebagai manusia. pengalaman adalah guru yang tidak pernah wujud yang mengajar tentang kedewasaan. dalam percutian ini saya ditemani buku Travelog Cinta Abadi, tulisan Roza Roslan.

saya mulai sedar bagaimana saya membesar dan belajar begitu banyak ilmu melalui pengalaman. ilmu yang tidak mungkin dapat diperoleh di dalam buku teks sekolah atau dengan mendapat pointer 4.00. mana mungkin saya tahu memasak dengan dapat 5A UPSR, mana mungkin saya sedar akan tanggungjawab kalau saya fokus untuk 7A PMR, mana mungkin saya tahu saya bakal isteri orang, yang akan mengurus rumah tangga kalau saya sibuk mengejar 11A SPM. menjadi manusia bukan sahaja pada yang tertulis dalam slip peperiksaan, tapi pada ilmu untuk terus bertahan di dalam dunia ini sebagai hamba Allah yang akan kembali kepada Allah.

untuk kembali pada Allah itu harus ada persiapan. dan sebaik2 bekalan itu adalah TAQWA. semua yang tertulis di dalam slip peperiksaan, atau kehebatan menguasai kemahiran itu bukanlah yang menjadi kunci kepada pertemuan dengan Tuhan. Nanti akan dipersoalkan, "atas ilmu yang kau tahu, apa yang kau buat untuk agamamu?" dan pada waktu itu, terkapai mencari jawapan, buntu menggeruru, tidak berguna lagi.

betulkan niat. refleksi diri. di mana ilmu yang kau pelajari selama hari ini. ke mana kau taburkan. kelebihan yang kau ada, di jalan mana kau curahkan. ilmu itu baik kalau dicari, tapi lebih baik kalau dikongsi (x ingat di mana dengar ayat ni).

cuti saya berakhir hari ini. esok, akan kembali ke IPG semula. untuk misi ke KAGUM di Perlis.barang sudah siap dipacking dengan perasaan yang agak keberatan. harus betulkan niat kerana Allah.Semoga Allah permudahkan urusan.

* esok akan ditemani dengan Cara Terindah Untuk Mati

Sunday, June 3, 2012

Sahabat dan Lautan


Assalamualaikum...

seperti biasa, saya membaca sebelum tidur. now, rehat kejap, saya pula yang menulis. :) memandangkan masih cuti, so, boleh sewenang-wenangnya membaca sampai buku baca muka saya.. :) bila cuti ja, of course sangat sinonim dengan kenduri kawen...

hari ni saya pg 2 majlis kawen. sepatutnya kena pg 3, tapi 1 majlis tu x dpt pegi sebab ada budak yang sudah tidur atas kerusi. so, back to the story, majlis kawen yang pertama, it's my bestfriend's cousin. the most beautiful moment is when we both face each other and it was still the same like doulu-doulu. miss her so much. di majlis yang sama juga, saya berjumpa dengan kawan2 lama  yang juga bekazen-kazen dengan bestfriend sy ni. :) kami pun ambil gambar sebab x selalu kami dapat jumpa begini.

bangga sebenarnya ada bestfriend macam dia. kami dah kawan sejak sekolah rendah. umur 10 tahun. wow! dah lebih 10 tahun kami kawan. ini mungkin satu kelebihan untuk kami. yang masih saling setia, dan percaya dengan persahabatan ni. walaupun kami jauh, x selalu sama-sama tapi kami masih macam dulu. sangat open dan telus.

and saya berfikir, macam mana kalu majlis kawen itu, adalah majlis kawen dia? oh... no.. no.. no.. saya terfikir tentang hari terakhir dia sebagai CIK. saya akan stay rumah dia dan cakap dengan dia, spend tym dengan dia. cuz, d next day, dia dah ada suami. belum tentu lagi kami boleh becakap macam sekarang selepas dia dah ada suami, belum tentu lagi kami boleh jumpa selalu  sebab syurga dia pada suami dia. semua yang dia buat perlu ada izin suami.

and i really hope yang suami dia adalah seorang yang mampu memahami persahabatan seperti apa yang kami punya (ok fine.. sentimental suda) pernah satu hari, dipersoalkan, " ingat kalau ko dah kawen, kawan2 ko tu masih ada untuk ko ka?" soalan tu buat saya terfikir. yes, family comes first. but still, i believe in Allah. saya percaya best friends till jannah.

selama saya hidup, yang lebih tahu tentang saya itu adalah yang namanya sahabat. betapa saya sebenarnya begitu terbuka dengan sahabat, boleh luah apa saja dengan yang namanya sahabat, tapi sebaliknya dengan keluarga. saya lebih suka diamkan apa yang saya rasa dan menurut apa yang keluarga mau. ya. begitulah keadaannya. saya lebih ceria dengan kawan2, lebih banyak mulut dengan kawan2, sebaliknya d rumah, lebih suka diam. di luar lingkungan keluarga, saya boleh saja berdebat dengan orang lain, tapi bila dalam keluarga, saya lebih suka diam. betullah.pendidikan bermula d rumah.mungkin sebab itulah saya xpandai marah. bila marah ja d rumah, diam dan nangis sendiri. bekurung dalam bilik lama2. bila dah ok, keluar bilik dan hidup macam biasa.

bila membayangkan fasa kehidupan selepas ini, rapuh sebenarnya hubungan yang kami ada. tidak selamanya kami akan sedekat ini. tidak selamanya saya boleh curi masa dia untuk saya cerita tentang hati saya, segembira apa saya, seduka mana saya. tidak selamanya. satu hari, mungkin antara kami akan saling membawa diri. meninggalkan tanah yang menyimpan kenangan kami. dan sekuat apa kami untuk menjadi saling merindu, sedang kami sibuk dengan tanggungjawab sendiri.

saya minta pada Allah. biarlah sejauh mana kami dipisahkan, jangan jauhkan hati kami, jangan biar kami lupa untuk saling mendoakan. pernah terfikir, kalu la bole jadi macam Maria Elena dan Fatin Liyana. dorang bekawan da macam adik beradik. dan ditakdirkan Maria Elena tu bakal kakak ipar Fatin Liyana. itu barulah bonus, dah la bestfriends, pastu jadi 1 family lagi. kalau dah family, lagi best. the husband mesti faham kan macam mana the ladies bekawan. kalau ada kenduri insyaAllah bole jumpa. aeyn.. let me be ur ipar *_*  (wink2) hahaha..

persahabatan itu sebenarnya macam lautan. luas tiada sempadan. ada pasang surut, ombak pun bermusim. tapi setinggi mana pun ombak tu, akan tetap menghempas pantai dan kembali semula ke lautan. tetap indah pada pandangan. persahabatan itu telus. tiada sebab untuk bersahabat. bukan bersahabat kerana keuntungan semata2. dan ini harta yang saya ada. walaupun saya kadang-kadan annoying dan jahat, tapi saya tetap sayang. saja ja cari pasal untuk kasi drama sikit... :')

mungkin saya masih belum dan bukan sahabat yang baik untuk mereka. tapi saya berusaha. saya tau sahabat yang baik adalah ;
1) bila kita memandangnya, kita ingat pada Allah
2) mendengar bicaranya, menambahkan ilmu
3) melihat amalannya, mengingatkan kita pada akhirat.
dan yang mampu menilai itu cuma mereka. semoga kehadiran saya dalam kehidupan mereka yang saya gelar sahabat mampu memberikan manfaan dan kebaikan pada mereka. semoga ukhuwah ini berpanjangan :)

*maaf.. agak sentimental kali ini