Tuesday, May 29, 2012

Cuti

Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bercuti. baru sahaja menamatkan sesi latihan persediaan untuk ke KAGUM di Perlis 9 Jun nanti.harus manfaatkan cuti yang ada untuk belajar. cuti bermula 27 Mei hingga 7 Jun. cukupla tu...

sepanjang 3 hari sesi latihan, saya berulang alik dari rumah ke ip. sesi latihan bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang. banyak input yng diberi sepanjang 3 hari latihan persediaan. sukan tradisional, masakan rimba, orientering dan sahsiah dan etika peserta kagum. seronok bila membayangkan suasana yang bakal dihadapi di perlis nanti. kami akan berkehemah! ya, berkhemah! hahahaha.. dan kami akan berkumpul mengikut unit beruniform masing-masing. maknanya, akan bergabung dengan pegawai kadet KRS IPG seluruh Malaysia. WOW! fantastic baby!

Cuti? apa perancangan untuk cuti? seperti yang dirancang dari dulu akan meneruskan pembacaan lebih banyak lagi. yang dinanti dan didamba sudah dapat. buku Aisyah: Keanggunan Sejati dah ada dalam tangan. rasanya hari ini hari gembira saya. dapat buku Aisyah, dapat fulus. wah.. rezeki.. hehehe... dan saya pun telah dengan rakusnya membeli buku lagi. beli on9. sedap ja beli, sedar2 dah rm 70 dibuang. hah? xpa2. ilmu kan... hehehehe

sebagai manusia, kita x boleh berhenti belajar sebenarnya. pada sesiapa yang mengatakan membaca itu membosankan, itu salah. membaca sebenarnya harus dengan jiwa. meletakkan roh dalam apa yang dibaca untuk memahami dan menyerap faedah dari apa yang dibaca. lantas apa yang dibaca itu haru dproses dan dikaji. see? betapa banyak proses pembelajaran yang mampu memperbaiki diri bila kita membaca.,

saya mengaku saya pernah silap sebelum ini. terlalu obses dengan karya satera. terutama Faisal Tehrani. sangat kagum dengan jiwa dan gaya penulisan beliau. tapi, bila kataksuban itu menpengaruhi diri,sampaikan apa yang dibaca harus mencapai tahap karya faisal tehrani. bila saja bahan yang dibaca itu terlalu ringan, dan bahasanya terlalu mudah, ok fine.. saya akan baca sekadar sebagai bacaan ringan. xda semangat untuk terus mengetahui kesinambungan kisah dan keinginian untuk mengkaji itu kurang. tapi sekarang, sedang cuba untuk menyesuaikan diri. yang dinilai itu bukan bahasanya, tapi isinya.

so, mari teruskan cuti dengan membaca dan belajar. cari assignment sendiri untuk terus belajar dan belajar.

Saturday, May 26, 2012

Teman




Lagu Teman - The Lion Story ft Rafidah

Pertama kali kita berjumpa,

Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..
Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…



Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…



Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…




Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mulam mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...



Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…



Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..



Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan….



Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa,

Di hatiku……….

Hari ini terlalu ramai yang datang salam laga pipi kata selamat tinggal pada  aku. tersentak sedikit jiwa. awal. masih aku berhempas pulas dalam medan juang aku. sedang mereka sedang mencuba mengibar sayap kembali ke sarang masing-masing setalah lama terperuk dalam sangkar ini. 

ada juga yang sorak last paper! dengan gembiranya. hmmm.. buat aku? what if this is the real last paper? dan ini tentangan mata, senyum berbalas, telingkah tegang lidah yang terakhir.  yang bila esok aku kembali kepada keluarga aku, tidak aku kembali lagi ke tempat duduk aku. ke tempat jiwa aku teraduk. dan meninggalkan galaksi cinta aku, dan mencari galaksi yang baru.

tempat ini. memang sangat besar maknanya. di sini aku bina jati diri aku menuju muslimah solehah. dan bila saat aku tinggalkan saja gerbang galaksi ini, bermacam ujian keberatan yang mendatang.  di sini aku membaja cinta aku pada tuhanku. di sini aku mengetatkan kepatuhanku kepada imamku, di sini aku semai kasih dengan Kitab panduanku, di sini aku duduk tenang bersama wangian ilmu di taman-taman syurga. 

menghadapi 3 minggu tanpa rutin itu bukan mudah untuk yang rapuh dan goyah seperti aku. hati aku milik Tuhan aku. Mohon dipermudahkan untuk aku istiqamah di jalan ini. Tau apa yang meringankan langkah? mereka yang diizinkan Allah untuk menjadi pemangkin semngat aku untuk keluar dari takuk lama. yang dihadirkan untuk saling menguatkan satu sama lain atas nama ukhuwah fillah. yang menjadikan diri ini bukan dagang. tidak janggal di mata siapa pun. 

dan masih lagi hina saja diri ini. fashionista masih saja jadi lencana, tawa masih saja dilagukan, ucap saja masih lagi lalai, untuk cuti ini saja sudah teruja akan aidil fitri yang  bakal tiba, mau berjumpa dengan si tukang jahit bertanya tentang baju raya yang 5 pasang yang sudah dihantar dari mac lalu. lalu dipersoalkan tentang ramadahan. apa persediaan untuk bulan yang lebih mulia itu? syukur sudah habis hutang Qadha`. yang dibuat cuma beli telekung baru untuk solat terawih.  khilaf... diam dan berfikir.  tegur saja. selalu begitu. kerana hati yang selembut ini lebih mudah menerima  teguran seperti itu daripada perlian yang lebih menghiris jiwa bagai daging dihiris nipis-nipis. lupa ucap terima kasih. syukur punya sahabat macam itu. hatta yang sekatil dengan kau juga kadangnya membiarkan kesalahan kau begitu saja. 


bila cuti tiba dan..........

23/05/2012
23:15

* bersambung...

Monday, May 21, 2012

harus bersangka baik

semua manusia itu sama
mau rasa dihargai
juga menghargai
tapi kenapa jalan untuk menghargai itu sukar
dan mengacuhkan rasa yang akan terluka
oh.. lucunya
tidak mengerti
mengapa harus hidup dalam kepuraan
susah sangat berterus terang
untungnya kamu kerana aku xmampu untuk marah
kerana x punya hak untuk menghukum
semoga bahagia

*husnuzon... kongsi2 pahala :)

Sunday, May 20, 2012

Aisyah lagi

Assalamualaikum

sakti mandraguno mana lagi yang mengawang keliling minda. gila saja dalam fikiran. sampai terbiar segala kitab pelajaran.

ahaks... memang gila ni. belajar ja, tetidur. bangun ja, kepala melekap d buku. kalau tym tidur tu, ilmu tu boleh diserap masuk dalam kepala xpa juga. siang malam begitu. aigoo... aish!

tapi cerita kali ni pasal buku Aisyah lagi. hahaha.. Jumaat, 17 Mei 2012, saya dan sahabat2, farra, ira, myra, kiah pg ziarah ustaz sobri di hospital. beliau beransur pulih, alhamdulillah. lepas dari hospital, kami pg makan di Rahmat. dalam perjalanan tu, ternampak sebuah kedai kecil, buku paling depan tu, buku Aisyah yang saya dambakan sangat. sy nampak, tapi x redi sangat mau beli buku tu. dalam purse cuma ada RM 50 lagi. so, kira blum ambil duit lagi. oh. ok. nanti la beli.

hari ni, 19 Mei 2012, saya tidur sekejap tadi. mimpi pasal buku tu lagi. hahaha.. dalam mimpi tu sy singgah kedai tu. tapi kedai tu dah tukar jadi kedai kain. dan buku tu xda. berabis sy cari, x juga jumpa. macam2 buku kaler pink sy jumpa, tapi semua bukan dia. cara saya mencari macam mencari baju d bundle. akhirnya, saya x dapat juga buku tu, tapi beli al-Quran.

dan bila bangun, saya tefikir kenapa saya semangat betul mau dapatkan buku tu. mau blajar cari ilmu dari buku tu. sedangkan al-Quran tu masih banyak lagi ilmu yang belum saya gali. so, saya redha. kalau sy x dapat buku tu. saya bole cari ilmu dalam al-Quran. x perlu la saya berharap sangat dengan buku tu, kan?

itu la perangai saya yang xbole kikis. high expectation. bila saya kata saya mau, saya mesti dapatkan. yang kadang-kadang saya akan kecewa bila xdapat apa yang saya mau. pernah sekali saya gagal untuk menderma darah gara-gara tekanan darah rendah. saya bole menangis? saya rasa kecewa sangat sebab dah 3 minggu saya menyediakan diri dengan semangat yang berkobar-kobar untuk derma darah. disebabkan harapan yang tinggi tu juga la saya patah hati bila x layak untuk derma darah. tapi saya ni kan bukan jenis yang mudah putus asa. bila tekanan darah rendah, saya pun try la untuk naikkan tekanan darah. saya pg makan, solat (memandangkan dah masuk waktu zohor) dan rehat kejap. kemudian datang balik jumpa nurse yg cek darah, dan saya berjaya. ahaks... :)

so, kena control jiwa ni. kita memang merancang, tapi sebaik-baik perancang tu kan Allah s.w.t. Alah x bagi apa yang kita mau, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Allah maha tahu apa yang terbaik untuk kita. kita minta pelangi, Allah turunkan hujan dulu. Kita minta rezeki, Allah bagi kita kerja. Kita minta ketabahan, Allah bagi ujian. sweet kan Allah.. ? ^___^. bila difikir-fikir, Allah x bagi saya lulus untuk derma darah tu pun sebab untuk elakkan saya lewat solat zohor. sebab masa cek tekanan darah tu, azan zohor berkumandang. disebabkan kegagalan saya untuk menderma masa tu, saya bole solat zohor awal, bole pg makan. :) alhamdulillah... dan buku Aisyah tu, kalau saya dapat masa ni, mesti sy xdapat fokus study sebab mau baca buku tu, sy kan jenis yang obses bila membaca. membaca x ingat dunia. kalau dah start membaca, memang diam dan ayik dalam dunia sendiri. so, sy faham masa ni bukan masa yang tepat untuk beli buku tu.

maka, marilah kita bersama-sama berjuang hingga ke tulisan aksara terakhir untuk exam kali ni. hahaha...



* berfikir bila waktu untuk kita saling berbalas selamat tinggal... :)

Monday, May 14, 2012

Senyum-senyum ^____^.

Assalamualaikum

mari senyum sama-sama. hihihihi.. sekarang ni masih berada di ruang persegi yang penuh cerita. kamar tidur. belum berada di pembaringan. masih di atas meja kecil bersama laptop kecil dengan senyuman yang lebar. hihihihi..

seronok sebenarnya begini. Alhamdulillah. masih berada d rumah, so bole study dengan tenang sendirian. bole gerak sana, jalan sana, jalan sini. cari makanan, minum berkali2. hehehe.  sambil2 turun pg dapur, intai2 tv yg tengah riuh tu. ish.. gatal betul hati ni mau tengok last match EPL. hahahaha..

mesti ramai yang berharap Man City kalah dengan QPR kan. hehehe.. sejujurnya, Man City bukan team sy. Sy owez THE BLUES.. hehehe.. but, as a "MUSUH" kepada MU, sy rasa x senang kalau MU menang. dengki. ahahaha. nanti ego penyokong fanatik MU akan makin tinggi dan mula la bejalan muka mendongak ke langit. (macam la diorang yang main kan) hahahah..so, agak puas hati bila Man City dapat piala. at least Chelsea dapat juga piala kan. ekceli, sudah agak terkejut dengan QPR yg berjaya mendahului dengan 1-2. hebat juga QPR ni. tapi bila adik lelaki sy jerit GOAL! dengan teruja. woah!!! 3-2 suda. last minit tu.

xpa la. itu cuma sekadar cerita yang bagi baja sikit dalam hati. duniawi semua tu. xpayah la emosi sampai stress mau jawab exam esok. iklan sebentar ja tu. bola, bola juga. Tahajjud macam mana? ahh.. jawab.. cerita bola biar bola ja. jangan sampai gaduh2 ya kawan2 semua.

yang pentingnya sekarang, match dah abis. keputusan dah ada. kita yang mau exam esok ni mcm mana? dah cukup? keputusan kita xtau lagi. so, mari sama2 bersedia.

ok. esok pagi akan balik IP dengan Encik Ayah. dan Encik Ayah suda pesan tadi untuk masak Nasi Goreng untuk sarapan pagi esok. nampaknya kena siap awal. sebaiknya sy tidur sekarang. tengok buku PBDT skrg pun sy senyum2. InsyaAllah... ^___^.

*oh. it's my 100th post senyum2 lagi. ^___^. jangan kecewa dengan kekalahan MU. Kecewa la bila kita memilih untuk bersorak untuk mereka, tapi tanggungjawab kita diabaikan... :)

Tuesday, May 1, 2012

Lambaian April, Mei lagi

Assalamualaikum

Mei tiba dengan kuntum senyum. gembira kiranya dalam hati, sampai kembang segala bunga-bunga dalam taman. inilah pertama kali berkumpul bersama syukbah 2k, sesi ta'aruf dan perbincangan dengan keluarga baru. gembira punya mereka. ukhuwah itu indah.

Dan pada jam ini, dalam ruang persegi, bersama jiwa yang telah berlari dalam aliran delta, masih bersendiri mencari makna hari ini. yang sepatutnya cuti namun pasrahkan diri untuk IPG Lestari. harus betulkan niat dalam hati, ini dibuat kerna ilahi.

menanti kali ke-enam sang suria terbit waktu pagi, amat debarkan hati. kerna mungkin apa-apa bisa terjadi.teruja untuk melangkah ke dunia duapuluhsatu. harus terus berjuang lagi, dan perbaiki diri. kalaupun yang lain x mampu, insyaAllah pimpin diri sendiri sudah memadai.instimewa juga buat para ibu, mari kita sama merai hari :)

lahar idea yang menggelegak dalam minda harus diletuskan di jalan yang dipilih ini, biar berkembang lebar tersebar sampai infiniti. syukur dibukakan pintu hati untuk bersama dalam komuniti.

mungkin akan luangkan lebih banyak masa dalam galaksi cinta ini agar lebih dekat dengan ilahi.. :)

Cinta? apa akan jadi pada hati yang x mampu termiliki sendiri? biar Allah yang mencantumkan dengan separuh bentuk hati lagi. sudah lali, tiada nyali mau berlari lagi. biarlah berhenti di sini dan melihat ke mana mau pergi.

walaupun utara rasa sengsara, selatan menekan, timur kabur, barat menyekat sampai kalut semua kelam kabut, harus terus tahankan. yang luka disembuhkan, yang rapuh dibentengkan, yang sakit diimunkan.

mematikan bisa buat jiwa tiada roh, lebih baik ditidurkan agar bisa sering belajar dan berwaspada.....


*sudah lama x menulis begini :)