Wednesday, October 23, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Kelongsong Kosong

Kenapa kau tembak hati aku dengan kelongsong kosong hati kau
dan kau biarkan ia tertanam dalam hati aku
berkarat dan membawa sakit
sampai mati tanpa mampu dikeluarkan
kejam!
kau hebat dengan kelongsong kosong kau
sedikit demi sedikit hati aku lumpuh
dan akhirnya mati dengan sakit terpendam

Monday, May 13, 2013

RIndu Raut Ramadhan II

Dihembus bayu ramadhan
buatkan aku berpaling
terasa begitu dekat ramadhan
benar aku rindu
rindu raut ramadhan

cepatlah kau datang
sempatlah kita bertemu

Thursday, May 2, 2013

I don't remember the date, i remember moments

that moments?
ya. ada rindu untuk cerita2 kecil yang indah
tapi biar simpan abadi
tak perlu ungkit-ungkit
tak perlu segarkan semula

dendam adalah bunga yang layu tapi enggan mati
kerana akarnya mencengkam jauh ke dalam hati

Monday, April 29, 2013

You are not that great!

ada naga yang tersembunyi dalam setiap kesumat yang disimpan
ada amarah yang kan meletus selepas semuanya disimpan sendirian
dan kau boleh tuding jari pada aku tanpa aku peduli
aku tau diri aku
aku tau siapa aku
kau bukan siapa-siapa
hidup kau belum teruji dengan gelombang lautan dalam
kau cuma yang biasa dan kau bukan sehebat mana
untuk kau kembalikan semua kesalahan kepada aku
aku teruskan kehidupan sepertimana aku dan aku tidak peduli kehilangan kau dan kau serta kau juga
kerana aku yakin aku masih punya Allah dan Allah memberikan yang terbaik untuk aku
Allah mewujudkan hikmah disebali kejadian.
terima kasih untuk pengalaman yang kau beri pada aku.

Tuesday, March 26, 2013

SINGGAH

Allah pernah singgahkan rasa tu dalam hati sebelum ini, dan Allah berhak untuk tarik balik. Mohon Allah hadirkan redha.

Friday, March 22, 2013

Breaking the habit tonight

I WILL ALWAYS REMEMBER TO FORGET THE THINGS THAT MADE ME SAD 
BUT 
NEVER FORGET THE THINGS THAT MADE ME GLAD

Wednesday, February 6, 2013

Ahmad, kau selalu di hatiku

ada satu tawa yang di hujung mata aku adalah air mata.

bila aku bercerita tentang dia, AHMAD ZULKHAIRY.

Membesarlah kau dengan baik, adikku