Tuesday, October 14, 2014

kawan?

aku sakit
aku mau jauh dari kau
kau sakitkan aku
kau tak percayakan aku
kau tak pedulikan aku
kau tak anggap aku ada dalam hidup kau
kau pentingkan diri
kau penipu
kau tak tahu menghargai
kau tamak untuk memiliki
kau lemah

ya
kau
aku tak cakap 
sebab aku rasa tiada gunanya
aku sudah penat menggagah untuk kau
kau patut rasa perbandingan
hidup dengan sahabat
dan hidup dengan kekasih

berkasihlah
aku tak peduli
malas mahu peduli
sebab nanti kau bodohkan diri kau sendiri
dengan menyalahkan aku

entah berapa lama aku akan menangis 
bangun pagi dengan mata sembap
mungkin sampai aku dapat terima
aku kehilangan kau

Thursday, September 11, 2014

Sampai terlahir anak yang dikandung

lama
lamaaaaa sangat x update blog
sempat beranak ibu2 mengandung

banyak benda yang jadi
banyak benda yang berubah
antaranya
hati saya dah kuat
saya dah besar
dah dewasa
lagipun
saya ada raaaamaaii kawan
yang selalu ada untuk saya
x sempat saya mau layan emosi saya
saya dah boleh ketawa lagi
hahaha
5 tahun dah kenal
semua berani tunjuk "charm" masing-masing

tapi, hari ni
ada la dalam lebih kurang 10 minggu lagi untuk tamatkan pengajian
sibuk la begambar2 semua
tapi saya rasa berat SEBENARNYA
momen2 begini buat jiwa saya goyah
tersentak
maknanya, x lama lagi
hilang la semua ni
x lama lagi
dan
saya la yang akan kalah dengan rasa kehilangan
kenapa tangis saya banyak dan melimpah?
sebab saya yang paling kehilangan
sebab saya yang paling memerlukan
kawan2 saya adalah graviti saya
klu xda diorang2 ni
jiwa saya terawang
saya x terpacak teguh

bila ada kawan di sisi
saya x rasa mood swing
saya memilih rasa gembira
biar terjangkit dengan jiwa2 terdekat
saya x marah memanjang
nanti membusuk hati yang diperap
life, it's all about menjangkitkan perasaan
kau happy, orang lain pun happy
kau emo, orang lain pun pandai tiba2 emo
so, saya pilih mengikut parameter rasional saya
sebab tu perlunya teman
bila kita sendiri2, kita mudah terpengaruh dengan emosi
dan, syukurlah kawan2 ni
sangat mampu meneutralkan perasaan2 negatif dalam hati
walaupun bertubi ujian mendatang

apa-apa pun
waktu yang tersisa ni
biarlah dinikmati
takut nanti menyesal di kemudian hari


dan impian saya adalah
meninggalkan IPG tanpa rasa kesal
setakat ini semuannya tercapai
dengan jayanya
lebih dari apa yang saya harapkan
cuma
satu lagi perlu diselesaikan
kau yang tiada definisi
entah apa akhir kita
setakat ini
episod terakhir kita agak baik
dan saya pegun pada episod tersebut


Wednesday, October 23, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Kelongsong Kosong

Kenapa kau tembak hati aku dengan kelongsong kosong hati kau
dan kau biarkan ia tertanam dalam hati aku
berkarat dan membawa sakit
sampai mati tanpa mampu dikeluarkan
kejam!
kau hebat dengan kelongsong kosong kau
sedikit demi sedikit hati aku lumpuh
dan akhirnya mati dengan sakit terpendam

Monday, May 13, 2013

RIndu Raut Ramadhan II

Dihembus bayu ramadhan
buatkan aku berpaling
terasa begitu dekat ramadhan
benar aku rindu
rindu raut ramadhan

cepatlah kau datang
sempatlah kita bertemu

Thursday, May 2, 2013

I don't remember the date, i remember moments

that moments?
ya. ada rindu untuk cerita2 kecil yang indah
tapi biar simpan abadi
tak perlu ungkit-ungkit
tak perlu segarkan semula

dendam adalah bunga yang layu tapi enggan mati
kerana akarnya mencengkam jauh ke dalam hati

Monday, April 29, 2013

You are not that great!

ada naga yang tersembunyi dalam setiap kesumat yang disimpan
ada amarah yang kan meletus selepas semuanya disimpan sendirian
dan kau boleh tuding jari pada aku tanpa aku peduli
aku tau diri aku
aku tau siapa aku
kau bukan siapa-siapa
hidup kau belum teruji dengan gelombang lautan dalam
kau cuma yang biasa dan kau bukan sehebat mana
untuk kau kembalikan semua kesalahan kepada aku
aku teruskan kehidupan sepertimana aku dan aku tidak peduli kehilangan kau dan kau serta kau juga
kerana aku yakin aku masih punya Allah dan Allah memberikan yang terbaik untuk aku
Allah mewujudkan hikmah disebali kejadian.
terima kasih untuk pengalaman yang kau beri pada aku.