Thursday, March 29, 2012

Rutin

Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengusai langit dan bumi. hari ini selesai satu event. Science Fair 2012. dengan berbekalkan kudrat 16 orang anak muda, berjaya juga program ini dilaksanakan. rasa sangat terharu bila usaha yang diberikan selama ini, berbaloi dengan kejayaan. kejayaan? saya menang? teeetttt.... salah... saya xmenang... x dapat hadiah... tapi hadiah paling besar bagi saya bila semua orang gembira di pengakhiran program ni. kebahagiaan, senyuman dari semua pihak adalah hadiah utama yang saya dapat. usaha yang dilabur selama ini berbaloi dengan pulangan kuntuman senyuman yang berduyun-duyun... saya terharu bila program ni berakhir dengan sangat berjaya di luar jangkaan saya. saya x la ada peranan besar dalam program ni, Allah yang rancang semua ni. dan Allah berikan hasil yang lebih baik daripada apa yang saya mau. 

cerita hari ini bukan pasal Science Fair sebenarnya, tapi pasal apa yang saya dapat ketika beriadah di waktu petang. hari ini saya main 2 game. Volleyball dan Netball. sebelum2 ni saya main Volleyball. Volleyball? sejujurnya, sy x suka main bola tampar kalau d IP ni. kenapa? sebab dalam 1 team lelaki dan pompuan becampur. hmmm.. bahaya... tapi saya main juga. tapi dalam keadaan yang berhati-hati. saya main volleyball pun sebab  mau rehatkan kaki saya yang injured. saya x pandai main bola tampar. mungkin saya tau main, tapi saya x pandai. saya xtau peraturan posisi, skill apatah lagi. yang saya tau, bola tu mesti diselamatkan. berbeza dengan netball, netball memang dah mendarah daging dalam tubuh saya. mama saya coach bola jaring dan saya memang dah main bola jaring dari kecil. Sharpshooter. heheheh.. trick, skill, rules semua saya tau.lagipun, netball selamat. boleh peluk2, langgar2, sebab semua pun perempuan. berada di dalam 2 game yang berbeza hari ini sangat memberikan saya kesedaran. 

saya selalu tertanya pada diri saya sendiri, kenapa saya jadi orang yang tau banyak benda. jadi saya mau mencapai kepuasan kendiri dengan melibatkan diri dalam sesuatu yang saya x tau. supaya saya jadi orang yang xtau. salah satunya, main bola tampar. menjadi orang yang x tau dalam team orang yang dah pro memang memberikan saya attitude yang berbeza. saya jadi rendah diri, bersemangat untuk perbaiki diri, berusaha untuk kaut ilmu, berusaha untuk jadi lebih baik itu tinggi. hati pun kena kuat. tahan ja la bila orang panas hati dengan kita bila kita buat salah. kalau kita x buat salah, macam mana mau belajar dari kesilapan. memang kadang2 ada juga yang bagi motivasi, good shikin, nice ball. itu memang sangat bagi semangat untuk org yang mau belajar. tapi bila dah ada yang mula perli, masa tu diam ja la kalau kna panggil lubuk. senyum buat muka x bersalah. 

hari ini, bila sy mengambil keputusan untuk main netball selepas main volleyball, saya rasa 2 personaliti yng berbeza. dlm volleyball court, saya adalah orang yang tak tau, kiranya saya la yang paling noob, kena buli gitu. tapi bila dalam netball court, saya jadi orang yg pro. yang tau, yang orang harapkan. kira macam star la kan. main pun dengan orang2 yang baru belajar main. time ni, saya sedar yang bila kita tau, kita sangat dekat dengan perasaan sombong dan bongkak. kita sombong dengan ilmu yang kita ada, kita bangga dengan apa yang kita ada dan kita mula untuk memperkecilkan orang lain. saya faham perasaan kawan2 yang baru mula belajar tu, so saya harus pandai untuk approach diorang supaya motivasi diorang  akan sentiasa meningkat. saya x boleh bagi diorang rasa apa yang saya rasa. diperkecilkan, orang rasa tiada kepentingan. saya mesti bagi mereka motivasi untuk terus sama-sama belajar. 

Jangan anggap diri kita ni dah banyak ilmu, sebab tu kita mudah rasa bangga dan sombong dengan ilmu yang kita ada. carilah ilmu-ilmu baru supaya kita akan rasa rupanya banyak lagi yang kita x tau. ini akan menjadikan kita orang yang rajin untuk menggali ilmu dan rasa rendah hati terhadap orang lain. kita pun xla aka ada rasa untuk memperkecilkan orang lain. sebab boleh jadi apa yang dia tau, kamu x tau. mungkin ilmu dia lagi tinggi dari kita. bila kita rasa kita dah arif, perasaan sombong itu sangat dekat dengan kita. hati2 lah. itu ujian dari Allah. sama-sama lah kita menghadapi ujian ini. jangan hanyut. dan semoga istiqamah. 

so selepas ini, saya lebih memilih untuk terus bermain bola tampar, daripada main bola jaring. supaya saya ada ilmu baru. dan saya jadi orang yang lebih bersemangat, rajin belajar dan jauhkan diri dari sifat sombong...


*di padang pun bole muhasabah diri juga ba...:) 

Wednesday, March 21, 2012

Cukuplah Allah saja bagiku

Al-Baqarah : 286 " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan kerana kesanggupannya"

walau sebanyak mana lelayang tanggungjawab yang terlepas talinya dari si pemilik, lantas dikejar agar x hilang, harus terus kuat. walaupun terasa penat berlari sendiri berdepan rintangan angin.

CUKUPLAH ALLAH SAJA BAGIKU.
Sesungguhnya sebaik-baik penolongku adalah Tuhanku
dan aku lakukan Lillaahi Taala

bukan nama, markah, darjat, 
tapi Redha dr tuhanku.

Semoga Allah permudahkan urusanku, dan rakan-rakan ku.
tetapkan hati aku, beri aku kekuatan,
Jauhkan aku dari sifat takbur
aku berjuang kerana Allah Taala...
dan buatlah aku lupa tentang kebaikan yang telah aku buat...

Kami merancang, Allah menentukan
Sebaik-baik perancang itu adalah Allah
dan kami bertawakkal kepadamu ya Rabb

Allahumma Amiin... 

Tuesday, March 20, 2012

Secangkir Kopi, Sebuah Puisi IV

Ditemani bau kopi
dan pena menari ternukil lagi puisi

sejuk hari ini
dari pagi hingga malam begini
sampai sejuk jari jemari

yang luka
secepat itu lega
yang sakit
sehembus angin hilang

berlegar di kotak fikir
simbol rapuh gula-gula kapas

maafkan dan lupakan
begitu mudah
tidak sukar
mudah untuk hatinya yang lembut

kalau sudah kau bina tembok
membenteng segenap cebis hatimu
sampaikan nur tak mampu menerobos
hatta liang nano dalam hati
pasti payah egomu kau goyah

beranjaklah

kerapuhan dan kelembutan ini
membuat segalanya mudah
dan meninggalkan hanya yang indah

Sunday, March 18, 2012

Kepada Penyebab Belang Cincin di Jari

Tak pernah kau mengerti bagaimana melawan hati. Mudah saja kau pergi dan kembali sesuka hati. Maaf, hati ini bukan rumah tumpangan yang kau boleh buat sesuka hati.

Perasaan ini sengaja kau permainkan, untuk kau tunjukkan kuasa lelaki, dan tak pernah kau peduli aku yang mencari, rasa apa yang aku alami. Asal saja kau rasa kau menang dalam permainan ini.

Kalau ini satu permainan, aku tarik diri. Biar kau menang tanpa kemegahan. Biar kau perit lihat aku berlalu tanpa rasa sakit. kehilangan kau cuma sekelumit cerita yang aku pandang enteng.

Galaksi Cinta

hari ini kembali lagi ke galaksi ini
yang aku panggil galaksi cinta aku
yang terpandang pertama sekali, Rumah Allah
yang menghantar rasa kerinduan
berasa tenang di dalamnya
tempat berseminya cinta
sedar pada siapa cinta aku

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dengan rasa yang telah dibiar lepas bebas
terawang dia awanan
entah di petala ke berapa

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
yang disimpan cuma bahagia
kerana tetap aku terperangkap
dalam graviti rasa
yang setinggi mana aku terbang
tetap jatuh ke bawah juga

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dikejutkan dengan berita
yang dahulunya milik aku
kini bukan lagi
sudah jadi kepunyaanya yang dulu

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dia wanita yang aku rasa bersalah
kerna mungkin aku rampas kekasih dia
tapi x pernah aku bina apa2 dengan kekasihnya
dan kini, tiada apa2 yang harus aku putuskan
dan kenapa harus sang wanita itu harus berbangga
yang si jejaka itu kini milik dia semula..
harus malu dengan sikapmu

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dengan cinta yang harus dibaja dan disemai
dijaga dan dibelai
agar Cinta Agung ini kan menjadi Supernova
dan kekuatan itu milik aku..
untuk bertemu separuh bentuk hati aku
InsyaAllah..

<3 Allah, <3 Rasulullah

Thursday, March 8, 2012

Kau tahu?

Kau tahu?
Aku ada perangai pelik
yang bukan semua orang buat

kau tahu kan
aku belajar Sains
dan orang cop aku budak sains yang skema
itu la stereotaip

tapi kau tak tahu kan
yang aku ini budak sains
kalau mula-mula kau nampak aku?
nampak aku layan puitis
tulisan aku sukar kau tafsirkan
dan aku yang berdiri di medan perjuangan bahasa


kau tahu?
aku ada perangai pelik

kalau aku bosan menulis
aku membaca
kalau aku rasa stress
aku membaca

baca apa?
baca puisi
yang tersirat
tersurat
terluah
dalam bahasa
aku rasa itu indah

dan kau tahu?
puisi paling indah aku jumpa di mana?
ALQURAN

indah bahasanya
tenang membacanya
dalam maksudya
fikiran luas-luas aku buka



Monday, March 5, 2012

HATI

Kenapa yang rapuh dan lembut

bisa sekuat ini


secerdik ini menipu

HATI...

kau buat lagi sikap burukmu







Thursday, March 1, 2012

sudut pandang

Dengan nama Allah, Tuhan pemilik 7 petala langit, 7 petala bumi dan seluruh isinya yang maujud hatta yang ghaib.

Assalamualaikum...

Topic of the day, "KRISIS AIR". di pagi hari yang senggang ini, berjalan2 di blog mereka2 yang berkenaan, semua cakap pasal AIR... Ya. pada waktu dan ketika ini, IP ni mengalami masalah ketiadaan air. khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mengatakan ada kemungkinan krisis ini selama 3 hari. 3 hari? 3? omaigod!!! xpa rilex... esok bole balik rumah suda.. hahahahaha,,, untung rumah dekat... syukur alhamdulillah...

orang cakap, be positive. so dari aspek positifnya, tym2 xda air ni la orang akan bejimat, pg kuliah pun awal. heheheh... memang awal hari ni. the inarad oppa's pun awal. lagi awal dari kami. wow!!! kagum... hahahaha... dan semuanya stress xtau mau buat apa sampai mengisi masa lapang bertenggek di koridor and greet gud morning dengan manusia2 bertuah... tapi yang ditunggu x kunjung tiba... rupanya... CUTI SAKIT... mak, kami pun berlari2 anak menuju ke timur. eh.. silap. ke padang... bila sampai padang, laaa... xda bola? gym x buka? mau buat apa ni? maka wujudlah permainan BOLA TAMPAR HALIMUNAN. main macam pro kunun. padahal xda bola. siap bole smash kunun. hahahaha.. bila lagi mo rasa CAMPIN kan... kahkahkah... lepas boring bola tampar, BOLA KERANJANG HALIMUNAN pula..WOWO!!! macam star. hahahah.. tapi kunun ja smua tu...

Akhirnya, sampai juga bola. so, bole la main betul2. maka terserlah lah betapa x campinnya saya main bola tampar. oh.. sy mesti main selalu nih... tapi at least sy servis masuk juga, bola pun dapat sampai pg gelanggang sebelah. ok la tu kan... hahahaha... seronok la juga main. walaupun takut ada apa2 jadi. hehehe.. lepas main ja, mama SMS "ok suda kepala ko bi".. owh mamaku tersayang.. hehehe.. dengan bangga jawab "ok. sy siap main2 lagi d pdg. jgn risau... :)"

Kepala memang ok. tapi dada ada rasa sakit. degupan jantung masi laju. hmm xtau la ni kenapa. jatuh cinta mungkin. oooppppsss... hahahaha... sy xmau mama risau, so bgtau mama pasal migraine ja, tapi x bgtau pasal jantung tu. lgpun dr. junainah yang pemes tu x bgtau apa2 lagi. so, xmau la buat mama risau. tapi semalam memang tidur awal sebab perasaan kepala mau pecah, dan dada yang sesak dan macam2 lagi perasaan. ubat malas mau makan. hahaha.. ya. saya malas makan ubat. masalah air sy tolak tepi. lepas isya' ja. tidur...

Alhamdulillah tebangun awal... :) so pg la masjid. siap2 d sana, solat jemaah d masjid. best pula perasaan. then sy tefikir. hari2 sy bangun awal, why not sy Subuh d masjid. hehehe.. ini la kuasa Allah. kadang2 Allah buka hati dengan keadaan2 begini. Krisis air la, kna tinggal la, putus cinta la, sakit la. Subhanallah... mungkin x ramai orang nampak apa yng tersirat di sebalik apa yang Allah berikan untuk kita.

kesimpulannya, ujian yang datang u ada hikmah. jangan stress kalau bertubi2 ujian datang... tanda Allah sayang tu...:)