Wednesday, February 22, 2012

HIJRAH

Assalam... sudah lama x menulis cara santai2 ni... telampau layan puitis kan.... lupa pula dengan perasaan orang2 yg susah mentafsirkan.. hari ini topiknya HIJRAH.

pada waktu dan ketika ini, sambil-sambil jari jemari berlari-lari di papan kekunci, saya ditemani Mihun Goreng. Hahahaha... masih makan pada waktu ini? jaga kesihatan, Ckyn...

sejak akhir-akhir ni, selalu baca artikel pasal hijrah para artis.. Ya la. Saya kan selalu blogwalking. Seronok juga baca bila dah ada yang dulu x pakai tudung, sekarang dah pakai tudung. dulu menyanyi lagu2 Cinta, sekarang dah nyanyi Nasyid. Alhamdulillah dah jumpa jalan. Syukurlah. Allah sayang tu. Semoga istiqamah.. so, ini salah satu PENGHIJRAHAN yang baik. sudah ada kesedaran untuk jaga aurat.

satu lagi kisah penghijrahan bila orang sekeliling saya dapat HIDAYAH dan memeluk Islam. bila dapat tau, hati rasa sebak. kenapa? sebab malu dengan diorang2 ni. Suci dari dosa, dibanding saya yang dah 21 Tahun hidup ni. Astaghfirullah...

dan bila selalu jadi yang terpilih di sepertiga malam ni, saya ada rasa sesuatu. Kalau orang lain berhijrah, kenapa tidak saya? masih terlalu banyak kekurangan yang harus saya atasi dalam diri saya. bukan mau jadi sempurna, tapi menuju redha Ilahi. bila bangun tiap malam, saya betul2 rasa ketenangan dan Islam itu sendiri. Sangat rasa yang Allah itu sedang mendekati.Susah saya gambarkan. try la bangun malam dan rasa sendiri... memang indah... <3 Allah. Syukur Allah pilih saya untuk bangun di sepertiga malam...

saya nampak kesalahan saya tu, saya tekad simpan semua shawl yang kecik2 tu d rumah. yang x menepati piawai tu sy tinggalkan d rumah. dengan tekad xmau pakai lagi. yang dalam simpanan sekarang cuma Pashmina. yang 2 kali ganda lebih panjang dan 2 kali ganda lebih lebar dari shawl tu. Syukur Alhamdulillah, saya dah rasa keselesaan untuk pakai Pashmina yang lebih labuh daripada Shawl tu. dan kalau pakai selendang x tutup dada sekarang,. rasa mcm pakai skarf sja. Tapi, saya dah x biasa pakai tudung, saya pakai Pashmina. Allah x suruh pakai tudung kan, Allah suruh tutup aurat. Saya rasa dengan Pashmina ni, aurat saya terjaga. InsyaAllah... Tapi tudung labuh? mini telekung? hmm.. terlintas juga, tapi InsyaAllah...
inilah Pashmina. Sorry saya x ada banyak "tudung"




lepas tu, tiba2 datang pula sindrom sakit kaki pada waktu maghrib dan ke atas...maklumlah kalau turun besukan ni, memang x lari dari kecederaan. dulu2 tym muda2 ikut lompat pagar, kaki teseliuh, main bola jaring, teseliuh lagi. jadi kaki ni kalau sejuk2 sakit pula rasa sampai ke tulang. maka, untuk menangani kesakitan tu, letaklah minyak panas, pastu pakai stokin. dan tiba2 terdetik. owh.. ini kurangnya saya dalam menutup aurat. kaki tu masih bogel. Kaki juga aurat yang harus dijaga dari pandangan bukan mahram.  Mungkin sakit yang saya rasa ni la yang jadi titik permulaan hati saya terbuka untuk pakai stokin. Sy rasa lebih selesa, selamat dan gembira dengan stokin di kaki. lagi2 jumpa stokin comel2... so, setiap kali pg masjid, memang pakai stokin.bukan stakat mau elakkan kaki sejuk atau sakit, tapi untuk biasakan diri. Alhamdulillah, setakat ini positif. Semoga istiqamah. so, kepada encik bakal suamiku, sila masukkan stokin comel dalam senarai barang hantaran yer~... :-)

Gembira bila dapat beli stokin comel begini


InsyaAllah, akan berusaha terus maju ke hadapan, menjadi lebih baik. Semoga apa yang Allah berikan ini tidak ditarik kembali, atau saya lupakan. Terima kasih untuk insan2 yang menyokong dan tidak jemu mengingatkan...

* berkongsi kisah tidak salah kan... :-)

2 comments:

  1. Assalamaualaikum. alhamdulillah, berhijarah ke arah lebih baik. Sedikit demi sedikit menuju ke arah wanita solehah kan? insyaAllah. Biar sedikit, yang penting istiqamah. tapikan, rasanya macam pernah dengar pula ayat ni " Allah x suruh pakai tudung kan, Allah suruh tutup aurat," di mana ya? please remind me back..^________^ apapun, pernyataan tersebut betul. takpa dik, pelan2. mula2 shawl, pastu pashmina, pastu tudung bidang besar, lama2 nnt tudung labuh. Allahhumma Amin.. Bergerak menjadi wanita solehah, yg menjadi hiasan dunia..=)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh... that quote sy terbaca d mana2, lupa pula d mana. heheheh...InsyaAllah istiqamah. pelan2 dan berterusan... :) terima kasih...

    ReplyDelete