Tuesday, May 29, 2012

Cuti

Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bercuti. baru sahaja menamatkan sesi latihan persediaan untuk ke KAGUM di Perlis 9 Jun nanti.harus manfaatkan cuti yang ada untuk belajar. cuti bermula 27 Mei hingga 7 Jun. cukupla tu...

sepanjang 3 hari sesi latihan, saya berulang alik dari rumah ke ip. sesi latihan bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang. banyak input yng diberi sepanjang 3 hari latihan persediaan. sukan tradisional, masakan rimba, orientering dan sahsiah dan etika peserta kagum. seronok bila membayangkan suasana yang bakal dihadapi di perlis nanti. kami akan berkehemah! ya, berkhemah! hahahaha.. dan kami akan berkumpul mengikut unit beruniform masing-masing. maknanya, akan bergabung dengan pegawai kadet KRS IPG seluruh Malaysia. WOW! fantastic baby!

Cuti? apa perancangan untuk cuti? seperti yang dirancang dari dulu akan meneruskan pembacaan lebih banyak lagi. yang dinanti dan didamba sudah dapat. buku Aisyah: Keanggunan Sejati dah ada dalam tangan. rasanya hari ini hari gembira saya. dapat buku Aisyah, dapat fulus. wah.. rezeki.. hehehe... dan saya pun telah dengan rakusnya membeli buku lagi. beli on9. sedap ja beli, sedar2 dah rm 70 dibuang. hah? xpa2. ilmu kan... hehehehe

sebagai manusia, kita x boleh berhenti belajar sebenarnya. pada sesiapa yang mengatakan membaca itu membosankan, itu salah. membaca sebenarnya harus dengan jiwa. meletakkan roh dalam apa yang dibaca untuk memahami dan menyerap faedah dari apa yang dibaca. lantas apa yang dibaca itu haru dproses dan dikaji. see? betapa banyak proses pembelajaran yang mampu memperbaiki diri bila kita membaca.,

saya mengaku saya pernah silap sebelum ini. terlalu obses dengan karya satera. terutama Faisal Tehrani. sangat kagum dengan jiwa dan gaya penulisan beliau. tapi, bila kataksuban itu menpengaruhi diri,sampaikan apa yang dibaca harus mencapai tahap karya faisal tehrani. bila saja bahan yang dibaca itu terlalu ringan, dan bahasanya terlalu mudah, ok fine.. saya akan baca sekadar sebagai bacaan ringan. xda semangat untuk terus mengetahui kesinambungan kisah dan keinginian untuk mengkaji itu kurang. tapi sekarang, sedang cuba untuk menyesuaikan diri. yang dinilai itu bukan bahasanya, tapi isinya.

so, mari teruskan cuti dengan membaca dan belajar. cari assignment sendiri untuk terus belajar dan belajar.

No comments:

Post a Comment