Thursday, March 29, 2012

Rutin

Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengusai langit dan bumi. hari ini selesai satu event. Science Fair 2012. dengan berbekalkan kudrat 16 orang anak muda, berjaya juga program ini dilaksanakan. rasa sangat terharu bila usaha yang diberikan selama ini, berbaloi dengan kejayaan. kejayaan? saya menang? teeetttt.... salah... saya xmenang... x dapat hadiah... tapi hadiah paling besar bagi saya bila semua orang gembira di pengakhiran program ni. kebahagiaan, senyuman dari semua pihak adalah hadiah utama yang saya dapat. usaha yang dilabur selama ini berbaloi dengan pulangan kuntuman senyuman yang berduyun-duyun... saya terharu bila program ni berakhir dengan sangat berjaya di luar jangkaan saya. saya x la ada peranan besar dalam program ni, Allah yang rancang semua ni. dan Allah berikan hasil yang lebih baik daripada apa yang saya mau. 

cerita hari ini bukan pasal Science Fair sebenarnya, tapi pasal apa yang saya dapat ketika beriadah di waktu petang. hari ini saya main 2 game. Volleyball dan Netball. sebelum2 ni saya main Volleyball. Volleyball? sejujurnya, sy x suka main bola tampar kalau d IP ni. kenapa? sebab dalam 1 team lelaki dan pompuan becampur. hmmm.. bahaya... tapi saya main juga. tapi dalam keadaan yang berhati-hati. saya main volleyball pun sebab  mau rehatkan kaki saya yang injured. saya x pandai main bola tampar. mungkin saya tau main, tapi saya x pandai. saya xtau peraturan posisi, skill apatah lagi. yang saya tau, bola tu mesti diselamatkan. berbeza dengan netball, netball memang dah mendarah daging dalam tubuh saya. mama saya coach bola jaring dan saya memang dah main bola jaring dari kecil. Sharpshooter. heheheh.. trick, skill, rules semua saya tau.lagipun, netball selamat. boleh peluk2, langgar2, sebab semua pun perempuan. berada di dalam 2 game yang berbeza hari ini sangat memberikan saya kesedaran. 

saya selalu tertanya pada diri saya sendiri, kenapa saya jadi orang yang tau banyak benda. jadi saya mau mencapai kepuasan kendiri dengan melibatkan diri dalam sesuatu yang saya x tau. supaya saya jadi orang yang xtau. salah satunya, main bola tampar. menjadi orang yang x tau dalam team orang yang dah pro memang memberikan saya attitude yang berbeza. saya jadi rendah diri, bersemangat untuk perbaiki diri, berusaha untuk kaut ilmu, berusaha untuk jadi lebih baik itu tinggi. hati pun kena kuat. tahan ja la bila orang panas hati dengan kita bila kita buat salah. kalau kita x buat salah, macam mana mau belajar dari kesilapan. memang kadang2 ada juga yang bagi motivasi, good shikin, nice ball. itu memang sangat bagi semangat untuk org yang mau belajar. tapi bila dah ada yang mula perli, masa tu diam ja la kalau kna panggil lubuk. senyum buat muka x bersalah. 

hari ini, bila sy mengambil keputusan untuk main netball selepas main volleyball, saya rasa 2 personaliti yng berbeza. dlm volleyball court, saya adalah orang yang tak tau, kiranya saya la yang paling noob, kena buli gitu. tapi bila dalam netball court, saya jadi orang yg pro. yang tau, yang orang harapkan. kira macam star la kan. main pun dengan orang2 yang baru belajar main. time ni, saya sedar yang bila kita tau, kita sangat dekat dengan perasaan sombong dan bongkak. kita sombong dengan ilmu yang kita ada, kita bangga dengan apa yang kita ada dan kita mula untuk memperkecilkan orang lain. saya faham perasaan kawan2 yang baru mula belajar tu, so saya harus pandai untuk approach diorang supaya motivasi diorang  akan sentiasa meningkat. saya x boleh bagi diorang rasa apa yang saya rasa. diperkecilkan, orang rasa tiada kepentingan. saya mesti bagi mereka motivasi untuk terus sama-sama belajar. 

Jangan anggap diri kita ni dah banyak ilmu, sebab tu kita mudah rasa bangga dan sombong dengan ilmu yang kita ada. carilah ilmu-ilmu baru supaya kita akan rasa rupanya banyak lagi yang kita x tau. ini akan menjadikan kita orang yang rajin untuk menggali ilmu dan rasa rendah hati terhadap orang lain. kita pun xla aka ada rasa untuk memperkecilkan orang lain. sebab boleh jadi apa yang dia tau, kamu x tau. mungkin ilmu dia lagi tinggi dari kita. bila kita rasa kita dah arif, perasaan sombong itu sangat dekat dengan kita. hati2 lah. itu ujian dari Allah. sama-sama lah kita menghadapi ujian ini. jangan hanyut. dan semoga istiqamah. 

so selepas ini, saya lebih memilih untuk terus bermain bola tampar, daripada main bola jaring. supaya saya ada ilmu baru. dan saya jadi orang yang lebih bersemangat, rajin belajar dan jauhkan diri dari sifat sombong...


*di padang pun bole muhasabah diri juga ba...:) 

No comments:

Post a Comment