Sunday, March 18, 2012

Galaksi Cinta

hari ini kembali lagi ke galaksi ini
yang aku panggil galaksi cinta aku
yang terpandang pertama sekali, Rumah Allah
yang menghantar rasa kerinduan
berasa tenang di dalamnya
tempat berseminya cinta
sedar pada siapa cinta aku

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dengan rasa yang telah dibiar lepas bebas
terawang dia awanan
entah di petala ke berapa

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
yang disimpan cuma bahagia
kerana tetap aku terperangkap
dalam graviti rasa
yang setinggi mana aku terbang
tetap jatuh ke bawah juga

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dikejutkan dengan berita
yang dahulunya milik aku
kini bukan lagi
sudah jadi kepunyaanya yang dulu

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dia wanita yang aku rasa bersalah
kerna mungkin aku rampas kekasih dia
tapi x pernah aku bina apa2 dengan kekasihnya
dan kini, tiada apa2 yang harus aku putuskan
dan kenapa harus sang wanita itu harus berbangga
yang si jejaka itu kini milik dia semula..
harus malu dengan sikapmu

kembali lagi ke galaksi ini
galaksi cinta ini
dengan cinta yang harus dibaja dan disemai
dijaga dan dibelai
agar Cinta Agung ini kan menjadi Supernova
dan kekuatan itu milik aku..
untuk bertemu separuh bentuk hati aku
InsyaAllah..

<3 Allah, <3 Rasulullah

No comments:

Post a Comment