Saturday, May 21, 2011

after 21 days...

huh.. hai again kekanda blog yg juwita rindui... telah lama x ketemu.. hehe... terlalu jemu dengan kisah yang tiada pengakhiran sampai aku sudah tiada daya lagi untuk luahkan. hoho...

mungkin entri ini sudah terlalu lambat, maka kusimpan memori ulangtahun ke 20 ku. tiada yang luar biasa. sama sahaja seperti biasa. cuma aku lebih muhasabah diri. menitis-nitis air mata mengenang sudah banyak dosa yg aku lakukan jika dikira umurku.dan sambutan kali ini sangat membuat aku rasa aku disayangi.

mengenang akan rasa sayang, sedang berkcamuk sang hati. mungkin telah hilang lagi separuh bentuk hati bernama cinta. melayang2 tidak tahu ke mana arah tuju. sungguh, rasa ini membunuhku. masih mencari-cari jawapan. siapa harus dipuja.

setelah purnama bertukar fasa, tiada aku perasankan, tiba-tiba kembali kisah lama. dia yang pernah menjadi sebahagian dari hati ini. terlalu indah perasaan bila bergetar alun suaranya di gegendang telinga. terlalu lama aku kehilangan rasa disayangi seperti itu, sehingga terlupa rasa bahagia, lantas diingatkan kembali dengan 1 panggilan dari dia.

16 mei tarikh keramat dia kembali. entah di mana silap kami. entah apa yg memisahkan. tiada salah dalam hubungan ini. namun entah kenapa x mahu kembali. namun semakin hari semakin aku merindu.

lalu dikhabarkan tentang hubungan sahabat yang akhirnya menjadi. bersatu hati mereka saling melengkapi. lantas aku disergah cemburu. bertuah mereka kerana akhirnya bersatu. semoga berkekalan hendaknya. sedang aku masih tertunggu-tunggu, termangu-mangu.  entah iya entah tidak.

bila waktu untuk kita? rasa ini telah imun dengan sakit yang diberi. sampai segalanya sudah kebal dengan serangan yang datang. sampai bila harus begini lagi?

No comments:

Post a Comment