Friday, April 6, 2012

Sibuk

Assalamualaikum...

Salam Jumaat. hari ni cuti dan saya berada di dalam ruang persegi bersama sejuta rasa, asa, jiwa dan segalanya dengan bersendiri. sedang cuba untuk bertenang, muhasabah dan menghilangkan perasaan yang menyakitkan. macam-macam yang datang. kesibukan yang zahir itu boleh saja saya atasi, pasti ketemu solusi, tapi bila sentuh bab hati, buntu cari apa perlu dibuat. ujian perasaan itu agak berat bagi saya.

berbicara tentang kesibukan. memang agak sibuk akhir-akhir ini. dengan assignments, updating my folio, my big event Science Fair, dan lain-lain lagi tanggungjawab yang lain. sampaikan terngiang-ngiang bunyi printer. hahahah.. bz memprint ja kan sepanjang minggu. tapi apa la sangat kesibukan saya tu kan.

" apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan" (Ar-Rahman:29)

see? Allah lagi sibuk. dengan urusan memberi rezeki, mematikan, menghidupkan dan macam-macam lagi. Tapi Allah x pernah penat untuk bersama dengan kita. so, atas hak apakah kita melupakan Allah dalam kesibukan kita? so, mari kita sama2 ingat, dalam apa juga kesibukan kita, jangan abaikan tanggungjawab kita pada Allah. Solat jangan tinggal. dan fikirkan juga, kesibukan kita itu sebab apa? di jalan apakah kesibukan kita tu? insyaAllah, di jalan Allah kan.. :)

kadang-kadang rasa berat juga untuk pegang tanggungjawab. banyak perkara kena fikir. tapi Quranul Karim, Surah Al-Baqarah: 286 " Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya...". so, saya tau Allah bagi tanggungjawab, ujian ni pada saya sebab saya mampu. insyaAllah. lagipun kenapa Allah bagi kita ujian sebenarnya? dalam doa kita, kita minta. Ya Allah berikan aku kekuatan, ketabahan... dan Allah turunkan Ujian, Kesukaran, Tanggungjawab dan Kesulitan pada kita. kenapa? sebab inilah yang akan memberikan kekuatan dan ketabahan pada kita. dengan semua ini kita mampu mebina imuniti untuk menghadapi realiti. Allah maha tahu. Subhanallah... :) lagipun, dah disebut dalam al- Quran

"Sungguh kami telah menciptakan manusia berada di dalam keadaan bersusah payah" (al-Balad: 4)

so, tenang la kalau ada apa2 ujian mendatang. Allah sayang tu. Allah rindu dengar doa dan rintihan kita. :)

sebenarnya agak serabut hari ini. rasa bersalah pula dengan mama encik Q yang minta maaf dengan saya. sedangkan beliau x perlu minta maaf pun sebab beliau x buat salah. lepas tu GF encik Q pula masih x habis2 lagi dengan ugutan dia tu. rimas dan meluat (mata ke atas, tangan ke dada). buat tambah serabut fikiran ja dia ni.

agak risau juga dengan Pidato Integriti yang dianjak tarikh. mungkin x berpeluang untuk ikut. dan serabut juga mencari-cari bahan untuk Debat Perpaduan yang akan berlangsung 26 April ni. Oh My God! Str~ess! ahaks! saya juga yang pilih jalan ni kan, so inilah harga yang patut dibayar.. so, akan terbang lagi ke Terengganu 25 April ni. InsyaAllah. semoga semua selamat, dan berjalan lancar. so, tugas sy sekarang ialah menolak ke tepi masalah-masalah perasaaan yang berkecamuk dan fokus. kena cari banyak lagi perkara untuk sibukkan diri lepas ni untuk membasuh luka. ada 2 tahun lebih lagi, so harus membina tembok imunisasi yang kukuh supaya dapat bertahan dengan apa juga kesakitan hati. tapi as long as dia happy, saya happy.cukuplah kan... kalau dia sedih or kecewa, sy cuma kirim doa, dan saya rasa dia sudah punya cukup kekuatan kalau bergantung dengan Allah...  kalau pun ada peluang untuk saya memiliki, hanya pada jalan nikah  kalau yang lain2 saya x rela. sanggup sy jadi sahabat selamanya:) walaupun pada hakikatnya, saya tau hati dia bukan pada saya, rancangan Allah kita x tau... tapi persahabatn ni pun dah cukup indah. cuma kadang2 saja kekuatan saya tu berkurang. tiba2 emo melebih2 kan.. kerapuhan kan milik saya... sebab tu sy kena banyak Istighfar  ni...

oh.. melalut lagi saya... sudah-sudah la tu Bibi... insyaAllah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.. Assalam...




No comments:

Post a Comment