Friday, April 20, 2012

Jumaat

Assalamualaikum
aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam



Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat, hari Agung penuh berkat. Sangat tenang hari ini. saya mulakan hari dengan Solat Subuh (Sajadah). ini Jumaat yang dirindu. sejujurnya, x selalu saya dapat peluang sujud sajadah dalam solat subuh. =) hari jumaat ni istimewa... :)



Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a w telah bersabda:
"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. aia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Aidilfitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:
1. Penciptaan Adam
2. pada hari itu juga dia wafat
3. Dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga
4. dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.ptaan Adam.
5. pada hari itu, QIamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muwarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaar, (tatapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat
(HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi)    





Pada saya pula, hari ini, hari jumaat yang saya tunggu. my real Jumaat. dengan perasaan tenang mau balik rumah. fikir-fikir jam berapa mau balik. mau ikut siapa. Sidai kain awal pagi, angkat kain lepas kelas. susun-susun bilik, kemas-kemas meja. maklumlah, baru ja siapkan assignment terakhir untuk semester ini. Syukur alhamdulillah. walaupun masih ada kerja lain lagi yang menunggu, tapi xla tension sangat. 


minggu ni agak tension sebenarnya, sebab ada UAK, dan ada pula assignment mau dihantar. tapi alhamdulillah urusan dipermudahkan, dapat juga jawab soalan, x juga bingung. ada juga point mau goreng2.. hahahaha... dan tugasan siap dengan jayanya. 


sebenarnya saya rindu dengan perasaan ini. suka hati mau balik rumah jam berapa. ahaks.. maklum, rumah dekat... pagi tadi plan mau balik terus lepas kelas, tapi tangguh pula pegi jam 2, sekarang masih lagi menghadap lappy... hahahaha....


so, sy akan teruskan rutin hujung minggu tanpa apa2 tekanan daripada tugasan yang melambak. saya akan  teruskan obsesi membaca di rumah.:) lepas membaca, refleksi, muhasabah, cari pengajaran kemudian menulis. buat karya, puisi monolog apa2 ja lah.oh.. seronoknya... 


oppss.. tapi x boleh lalai... exam mau dekat suda. kena start study ni...Laporan BIG lagi mau buat.. xpa.. pelan2... kalau study x bole last minit. subjek sem ni agak mencabar. FIZIK yang bukan kekuatan saya. saya xda idea macam mana saya mau jawab esei dengan nombor. =,=''  


oh.. saya keep bla bla bla here, and it is 2.30 pm already.. oh.. Encik Rumah sudah memanggil2 nama saya.. harus bersiap sedia untuk balik rumah... :)
Salam Jumaat. Selamat beramal.. :)



*Yang akan UAK minggu depan, selamat berjaya. Semoga dipermudahkan... :)





No comments:

Post a Comment