Monday, June 25, 2012

Tasik Kenangan

Tasik?
mungkin yang akan kau nampak cuma air yang tenang
atau juga lapisan hijau yang aku panggil eutrophication
atau pepatung yang bermain di permukaan air
tapi bagi aku
tasik ini tasik kenangan
di tepi tasik ini
aku mula dengan kejanggalan
dalan kesamaran kami berkenalan
seperti itulah juga ukhuwah kami
samar di permulaan
namun atas tali persaudaraan
diikat dengan simpulan keyakinan
meneruskan usaha untuk berdekatan
 dengan cahaya persahabatan
menyatukan jiwa-jiwa yang kepenatan
fikiran masih melayang huyung-hayang seperti di perjalanan
menggabungkan sedikit sinar harapan
menghasilkan kemilau indah perkenalan
seperti bintang di langit malam


setenang airnya, setenang itu bersama mereka
tanpa gusar akan kejauhan dari keluarga
tanpa gusar akan perbezaan
kerana kami bersatu atas satu nama

tasik ini menyimpan kenangan kami
berperang dengan nyamuk yang riang gembira
seolah pepatung yang bermain di permukaan tasik
tasik ini menyimpan gelak tawa kami
menghilangkan penat seharian
tasik ini menyimpan rahsia kesedihan kami
meninggalkan kenangan malam-malam kami
bersaksikan purnama dan kejora
berjaga demi mereka
bagai rumput dan lalang perlukan belalang
seperti itu kami saling memerlukan

aku gali dalam benak fikiran
aku bina tasik kenangan
yang tenang dan mengasyikkan
lantas disimpan ke dasar
kenangan di tepi tasik
bersama mereka selama 6 hari
biar tidak kekeringan
tika musim kemarau senggang bermula

kujaga tasik kenangan
dengan doa kupanjatkan
agar ukhuwah yang terbina berpanjangan
mugkin kami saling merindukan
mohon agar Tuhan pertemukan kami
dalam doa-doa kami...


* KAGUM KRS IPG Perlis Jun 2012






No comments:

Post a Comment