Wednesday, June 6, 2012

Dewasa

Assalamualaikum...

cuti yang bermula digunakan semaksima mungkin dengan keluarga. 3 Jun 2012 - 5 Jun 2012 saya dan keluarga bercuti di Labuan. Pulau kenangan yang sering saya rindu bayunnya. yang menyimpan kenangan zaman kanak-kanak saya dan menyimpan sedikit kenangan alam remaja yang mula meninggalkan keluarga.

berada semula di gerbang Kolej Matrikulasi Labuan mengimbau kembali kenangan semasa saya mula untuk melebarkan sayap. dengan kenangan Compress!! di Dewan Mutiara, Solat di surau al-Irfan, tukar "arah kiblat" di DK, Blok A yang jauh. Padang yang besar macam kompleks sukan keningau, dan persahabatan. pengorbanan perasaan demi sahabat, meninggalkan sahabat demi keluarga dan macam-macam lagi. banyak. sampai ada takungan air jernih yang ditahan dalam kolam mata.itu semua kenangan. sekarang, saya ada IPG Life.

berbeza. dunia yang sangat berbeza. belajar dari pengalaman, kau akan dewasa sebagai manusia. pengalaman adalah guru yang tidak pernah wujud yang mengajar tentang kedewasaan. dalam percutian ini saya ditemani buku Travelog Cinta Abadi, tulisan Roza Roslan.

saya mulai sedar bagaimana saya membesar dan belajar begitu banyak ilmu melalui pengalaman. ilmu yang tidak mungkin dapat diperoleh di dalam buku teks sekolah atau dengan mendapat pointer 4.00. mana mungkin saya tahu memasak dengan dapat 5A UPSR, mana mungkin saya sedar akan tanggungjawab kalau saya fokus untuk 7A PMR, mana mungkin saya tahu saya bakal isteri orang, yang akan mengurus rumah tangga kalau saya sibuk mengejar 11A SPM. menjadi manusia bukan sahaja pada yang tertulis dalam slip peperiksaan, tapi pada ilmu untuk terus bertahan di dalam dunia ini sebagai hamba Allah yang akan kembali kepada Allah.

untuk kembali pada Allah itu harus ada persiapan. dan sebaik2 bekalan itu adalah TAQWA. semua yang tertulis di dalam slip peperiksaan, atau kehebatan menguasai kemahiran itu bukanlah yang menjadi kunci kepada pertemuan dengan Tuhan. Nanti akan dipersoalkan, "atas ilmu yang kau tahu, apa yang kau buat untuk agamamu?" dan pada waktu itu, terkapai mencari jawapan, buntu menggeruru, tidak berguna lagi.

betulkan niat. refleksi diri. di mana ilmu yang kau pelajari selama hari ini. ke mana kau taburkan. kelebihan yang kau ada, di jalan mana kau curahkan. ilmu itu baik kalau dicari, tapi lebih baik kalau dikongsi (x ingat di mana dengar ayat ni).

cuti saya berakhir hari ini. esok, akan kembali ke IPG semula. untuk misi ke KAGUM di Perlis.barang sudah siap dipacking dengan perasaan yang agak keberatan. harus betulkan niat kerana Allah.Semoga Allah permudahkan urusan.

* esok akan ditemani dengan Cara Terindah Untuk Mati

No comments:

Post a Comment