Friday, February 11, 2011

Belasungkawa

Ia sunyi. Sepi bersulam sendu. Yang bergenang dibiar jatuh berlinang. Tiada lagi hilai, semua bercerai. Derai. Inilah pertama kali. Hilang seri seni kasih kami.

Telah pergi ayahanda, tinggal kami. Tanpa kami mampu setujui. Pergi jiwa kami mencari yang pasti. Membiar pasrah akan apa terjadi. Biar pergi dengan aman. Tiada mampu kami tangisi, hanya sendu yang kami ganti. Jangan ratapi, biar aman pergi.

Bahagia kami dengan ayahanda tiada ganti, ayahanda tetap buat kami. Ria kita sama rasa, sama bahagia. Buat kita lebih mesra, lebih berkeluarga. Tiada sunyi kami di sini, ayahanda pengganti keluarga.
Mungkin setakat ini kisah kita bersama, namun semua cukup indah. Biar diterima realit, hakikat yang berat. Semua yang kita punya kan bersemadi selamanya. Harapan ayahanda menjadi pemangkin semangat kami. Teruskan semua dengan usaha jitu, saling berpadu dan dersatu demi ayahanda.

Ayahanda amanlah di sana. Doa buat ayahanda di setiap sujudku, untuk membalas jasa ayahanda. Apa yang terpotret kami simpan selamanya, sebahagian jiwa kami, kenangan terindah. 

No comments:

Post a Comment