Monday, October 8, 2012

Bau Bibir

untuk pertama kalinya, benar tidak terfikir ke mana kita. tapi bila semakin lama, semakin kita jadi ceritera menjadi haruman bau bibir mereka, mulai mencari definisi. maaf ini semua salah aku. dan bila kesempitan ini buatkan kita jadi sesak, dan hidup seperti kacau bilau, satu keputusan kita ambil unutk menjauh. dan sungguh, ada hati yang menjauh. bila selesai masalah, rupanya ada hati yang benar-benar menjauh. rupanya sempat dimatikan rasa dicantas bunga yang menguntum di taman. maaf. kerana terfikir jika ia harus sesukar ini, rela lepaskan di peringkat awal tingkat perasaan yang memberi peluang mau berkenalan sebelum semuanya jadi parah membarah yang akan bikin rebah

biarlah begini. mungkin ini yang terucap, biarlah hadir semula rasa seperti dulu dengan tiba-tiba jika benar itu hala tuju kita. yang setitis ini juga tiris di tangan. dan yang setitis ini juga yang mau diambil secara paksa. entah sekuat apa untuk menggenggam setitis bahagia yang dirasa. atau lebih tepat, yang aku rasa. maaf. salah aku kerana menyimpan rasa.

No comments:

Post a Comment