Sunday, September 2, 2012

fasa kehilangan rutin memng menyakitkan

Assalamualaikum...

setelah sekian lama jemari tidak menari di atas papan kekunci

saya menulis pada 4 pagi setelah mengambil masa yang begitu panjang untuk tidur sempena reward pada diri sendiri yang telah bermusafir bermula jumaat 3 pagi hingga sabtu 8 pagi.

menziarahi keluarga seorang sahabat yang jujur dan begitu ceria. dia masih ada dalam hati walaupun Allah telah mengambil dia untuk kembali kepadaNya. itu tempat terbaik untuk dia sekarang. melihat kesedihan seorang ayah dan seorang ibu yang kehilangan membuatkan saya begitu tersentuh. saya pernah melihat riak ini pada wajah ayah dan ibu saya saat saya kehilangan seorang Kakak sulung yang belum saya sempat selami jiwanya.

saya mohon pada Allah, kalau Allah ingin mencabut nyawa saya pada saat ini, tangguhkan Ya Allah. kerana ibu bapa saya masih belum kuat.

Fasa kehilangan rutin memang menyakitkan. banyak yang perlu mereka bina semula untuk kehidupan tanpa seorang yang begitu penting dalam hidup mereka.

sedangkan saya cuma kehilangan rutin kegembiraan sampingan dengan teman rapat sudah sakit, apatah lagi dengan anak sendiri kan...

No comments:

Post a Comment